Suara misteri wanita ketawa di sebuah masjid yang menakutkan penduduk setempat sejak beberapa hari lalu akhirnya terjawab.
Rupa-rupanya, suara yang muncul pada waktu malam itu bukanlah hantu sebaliknya milik manusia.
Menurut laporan TribunJabar.id, sumber suara itu juga berjaya dikenal pasti dari bumbung sebuah masjid
Desa Cikampek Timur, Kecamatan Cikampek, Kabupaten Karawang di Indonesia.
Gambar yang diambil penduduk menunjukkan wanita dipercayai mengalami gangguan jiwa atau ODGJ itu sedang berbaring di lokasi tersebut pada Khamis.
Dia kemudiannya dibawa turun oleh beberapa Petugas Sosial Masyarakat (PSM) malah insiden itu menarik perhatian komuniti setempat.
Wanita itu turut dimandikan sebelum dihantar ke Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas).
Ketua Dusun Cijalu, Aah Supriadi berkata, mereka turut membantu usaha membawa turun wanita ODGJ tersebut dan memastikan dia mendapatkan rawatan yang diperlukan.
“Penduduk sekitar pada mulanya menyangka ODGJ itu ialah hantu kerana sering mendengar suara ketawa menyeramkan pada tengah malam,” ujarnya lagi.
BACA: Dengan hanya berlari 3 hari tanpa henti, pemuda berjaya kutip RM160000!