Mira Filzah dedah ada yang masuk merisik anaknya yang baru berusia 7 bulan. elakon Mira Filzah berkongsi, putera sulungnya, Wan Khair Amir Astar sudah diintai beberapa jenama besar walaupun usianya baru meng.injak tujuh bulan.
Bagaimanapun, menurut Mira, dia dan suami bersikap terbuka dengan tawaran yang diterima namun perlu memilih bentuk tawaran yang diberikan sesuai dengan umur anak mereka termasuklah ke.mpen yang memerlukan tempoh masa yang singkat.
Kalau ke.mpen yang memerlukan tempoh singkat boleh dipertimbangkan, cuma terbabit dalam lakonan mungkin bukan dalam waktu terdekat sebab dia masih terlalu kecil.
“Memang ada r.isik mengenai Amir, tapi ia bergantung kepada kesediaan saya melepaskan anak saya ke dunia k.omersial ataupun lakonan,” katanya.
Sementara itu, Mira atau nama penuhnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 39, mengakui sebelum ini penampilannya bersama Amir menerusi beberapa iklan sudahpun dikeluarkan dan dia mengakui anaknya itu bukanlah seorang yang camerashy.
“Dia bukan camerashy malahan, dia suka tengok kamera macam ketika kami menjalankan kempen sebuah produk dari Korea Selatan baru-baru ini,” jelasnya.
Memetik laporan, Mira kini sedang mempersiapkan diri untuk kembali aktif dalam dunia lakonan pada tahun hadapan.
Rindu kepada dunia lakonan sudah tentu ada. Sekarang ada pembantu, saya dapat masuk set, tetapi bukan melibatkan masa berminggu-minggu.
”Selepas habis berp.antang sebenarnya saya dah dapat tawaran dah tetapi ketika itu fokus utama lebih kepada si kecil yang memerlukan perhatian. Jadi saya tumpukan dahulu pada Amir selain terbabit dalam kempen yang lebih singkat masa penggambarannya,” ujarnya.
Status sebagai seorang isteri dan ibu tidak mengubah apa-apa, saya masih terbuka untuk apa jua watak. Namun, saya tetap akan meneliti t.awaran yang diberikan di mana saya akan melihat jumlah hari penggambaran dan lokasi di mana.
“Itu semua antara yang saya titik beratkan dan hanya selepas itu saya akan buat keputusan. InsyaAllah tahun depan jika ada watak yang sesuai, saya akan mula berlakon semula.
Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir yang kini berusia tujuh bulan.