Popia sira adalah hidangan yang sesuai untuk dijadikan menu petang, terutama apabila dipadankan dengan secawan teh panas.
Ada yang berpendapat bahawa membuat popia sira agak sukar kerana memerlukan teknik yang betul.
Namun, jika anda ingin menikmati popia yang sedap dan rangup sehingga malam,
anda boleh cuba resepi popia sira ini. Pasti enak dan menggugah selera!
Ini adalah kali kedua saya membuat popia sira sambal manis ini, dan rasanya sangat sedap!
Bahan untuk inti:
-Sengkuang (disagat)
-Lobak merah (disagat)
-Taugeh (jika suka)
-2 sudu udang geragau
-5 ulas bawang putih (dikisar halus)
Bahan untuk sambal:
-5 ulas bawang putih (dikisar halus)
-5 sudu cili kisar
-1 sudu biji bijan
-Sos cili
5 hingga 7 sudu gula (mengikut citarasa)
Bahan lain:
-Kulit popia
-Bawang goreng
Cara penyediaan:
1.Panaskan minyak dan tumis udang geragau bersama bawang putih sehingga wangi.
2.Setelah wangi, masukkan sengkuang dan lobak merah. Perasakan dengan garam dan gula.
Goreng sekejap hingga rata dan kemudian tutup api. Toskan inti bagi mengeluarkan minyak dan air.
3.Untuk sambal, tumiskan bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan cili kisar.
Tumis hingga naik minyak, kemudian tambahkan sos cili dan serbuk perasa (jangan masukkan air).
4.Kacau rata dan masukkan gula. Teruskan menumis sehingga berbuih, kemudian masukkan biji bijan dan kacau sebati. Tutup api dan biarkan sambal sejuk.
5.Setelah inti sejuk, balutkan inti dengan kulit popia. Goreng dengan minyak yang banyak menggunakan api sederhana.
Jangan gunakan api yang terlalu kuat. Setelah digoreng, biarkan popia sejuk sebentar.
6.Akhir sekali, gaul popia dengan sambal sira dan taburkan bawang goreng. Siap untuk dihidangkan!