Pelakon Mierul Aiman, 26, tiada masalah sekiranya dia perlu menayangkan tubuhnya demi watak yang dilakonkan
Dalam mana-mana naskhah drama dibintanginya kerana atas tuntutan kerja.
Mierul atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Aiman Norazman berkata, apa yang penting adalah
Tindakan dilakukan itu (tayang tubuh) selari dengan kehendak watak dan tanggungjawabnya sebagai pelakon.
“Saya percaya, itu (perlu tayang tubuh) adalah untuk watak saja.
Apabila saya jadi penonton, ketika melihat semula paparan itu (babak dilakonkan) saya hanya boleh ‘enjoy’.
“Memang tak ada nak fikir pun dengan apa tanggapan orang lain. Sebab, saya hanya fikir mengenai kehendak skrip saja dan apa objektif naskhah terbabit.
“Dalam soal kerja, saya hanya ingin lakukan sebaik mungkin dan memberi persembahan berkesan dalam setiap naskhah drama lakonan saya,” katanya lapor Harian Metro.
Ditanya juga mengenai tindakan berani menayangkan tubuh itu sebagai pelaris, Mierul berkata, ia tidak semestinya kerana skrip naskhah drama biasanya sudah ditulis lebih awal sebelum pelakon dicari.
“Saya percaya, sesuatu naskhah skrip itu biasanya sudah ditulis oleh penulis skrip sebelum memilih karakter. Ia bukannya kena pilih karakter itu dulu dan kemudiannya barulah tulis skrip.
“Malah, saya juga tak mahu ada rasa atau perasaan yang kehadiran saya dalam naskhah drama dibintangi itu sebagai ‘tiang seri’ saja. Saya mahu rasa dapat sampaikan watak dengan perasaan tepat dan ada kepuasan,” katanya lagi.
Mengenai pembabitannya dalam drama Project: Exit itu, Mierul yang membawakan watak sebagai Hadi mengakui, dia berasa karekter itu sedikit mencabar dan perlu membuat yang terbaik dalam lakonan.
Katanya, cabaran utama dalam naskhah berat yang bertemakan masalah kesihatan mental itu adalah bagaimana melontarkan dialog yang selari, termasuk perasaan dirasakan oleh dirinya sebagai pelakon.
BACa: Pemuda gaji RM3,000 mohon nak beli Mercedes RM300k pening kepala salesman