Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh berkongsi hakikat dirinya tidak berupaya hamil, s
esuatu yang dianggap paling menyedihkan dalam hidup.
Yeoh menyedari dirinya tidak mampu hamil sepanjang mendirikan rumah tangga dengan usahawan,
Dickson Poon selama lima tahun pada 1988 hingga 1992.
Biar tidak mampu melahirkan zuriat, Yeoh menjadi ibu angkat kepada enam anak termasuk anak perempuan Poon, lapor AsiaOne.
“Barangkali ini perkara paling menyedihkan dalam hidup ini, iaitu saya tidak mampu memiliki anak sendiri,” katanya kepada The Sunday Times.
Yeoh berkata, hidupnya bermakna kerana memiliiki enam anak angkat termasuk anak saudara yang ramai.
“Saya tidak hidup dalam penyesalan sebab saya memberi 110 peratus (untuk hamil). Saya sudah buat apa yang termampu, namun, kadang kala ia tidak mencukupi,” katanya.
Yeoh yang berkahwin dengan Jean Todt, tahun lalu, mengakui faktor gagal mendapatkan zuriat menyebabkan rumah tangga dengan Poon, musnah.
Ketika ditemuramah The Goop Podcast, Yeoh yang meraih trofi Aktres Terbaik Oscar, memberitahu:
“Kami melakukan semua yang diperlukan untuk memiliki anak. Malangnya, saya tidak mampu.
“Bekas suami mahukan keluarga besar, bukan seorang anak lelaki tetapi dua atau tiga orang sebagai pewaris,” katanya.
Merenung kerjayanya sebagai aktres terbilang, Yeoh mengakui mengimbangi hidup antara profesion dan tanggungjawab sebagai ibu pasti mencabar.
“Saya tidak tahu bagaimana wanita yang dalam profesion sama seperti saya bergelut dengan berbadan dua, memiliki anak dan kembali bekerja… Saya tidak mampu buat banyak perkara dalam satu masa,” katanya.
BACA: Pelancong berang ditipu pondan disangkakan wanita, enggan bayar perkhidmatan