Michael Hansen akui perjalanan 17 jam untuk jumpa Sakinah sangat mencabar

Michael Hansen akui perjalanan 17 jam untuk jumpa Sakinah sangat mencabar

Michael Hansen akui perjalanan 17 jam untuk jumpa Sakinah sangat mencabar. Sebelum ini, pelakon Sharifah Sakinah mengakui hubungan jarak jauh adalah penyebab utama dia nekad untuk bercerai dengan suaminya, Michael Hansen. Malah, pelakon itu sudah penat untuk berulang-alik Kuala Lumpur ke Sweden yang menelan kos perbelanjaan tinggi.

Berpisah secara profesional

Menurut Michael, keputusan untuk berpisah itu dibuat secara profesional dan harmoni oleh kedua-dua pihak memandangkan mereka mempunyai komitmen serta tanggungjawab di negara masing-masing.

Di sebalik kemelut rumah tangga yang melanda, Michael yakin keputusan yang dilakukan adalah yang terbaik untuk mereka dan anak-anak. Dedahnya lagi, Sakinah merupakan seorang wanita yang berbakat, lucu, berkarisma serta berhati mulia.

Apa yang akan berlaku pada masa mendatang, saya masih tidak tahu tetapi semoga ianya memberi kebaikan untuk kita semua, InsyaAllah. Sakinah mempunyai Anais (anak hasil perkahwinan pertama) dan kerjaya yang hebat di Malaysia, manakala saya memiliki dua cahaya mata dan perlu bekerja di Sweden. Jadi, agak sukar untuk kami berdua bergerak ke mana-mana.

Michael Hansen akui perjalanan 17 jam untuk jumpa Sakinah sangat mencabar

Dalam pada itu, dia turut mengakui terdapat sedikit ‘drama’ yang berlaku ketika mereka memilih untuk membuat haluan masing-masing.

Saya boleh sahkan mengenai apa yang Sakinah kongsikan iaitu kami mengambil keputusan untuk bercerai. Tidak kira berapa banyak anda mencuba dan berusaha keras, kadang-kadang ia sudah tidak boleh diselamatkan.

Hubungan jarak jauh adalah sukar dan menuntut usaha yang lebih keras. Bayangkan perbezaan waktu kami iaitu enam hingga tujuh jam dan masa perjalanan 17 jam untuk kami bertemu, maka ia sangat sukar.

BACA:

Umie Aida geram video selawatnya bersama ustazah dikecam

Kata selangkah lagi untuk lulus RUU355, peguam ini ‘kantoikan’ PAS

JAIS buru lelaki sejenis buat aksi 18SX dalam surau

CATEGORIES