Mewahnya! Ini 14 istana Sultan dan kehidupan kerabat diraja di Malaysia yang ramai nak tahu
Tahukah anda Malaysia mempunyai 9 buah keluarga diraja yang sultannya pula bergilir-gilir dilantik mengikut budi bicara Majlis Raja-Raja sebagai Yang Di Pertuan Agong?
Sistem penggiliran sultan menjadi Agong ini mula diamalkan sejak Malaysia merdeka pada 1957.
Kalau nak tahu juga, dalam dunia ni hanya ada 42 buah negara yang mempunyai keluarga diraja dan Malaysia adalah salah satunya.
Kalau dah nama sultan, putera, puteri, kerabat, kelurga diraja sudah tentulah rumah-atau kita panggil istana- mereka pun megah dan hebat kan?
Dan dalam zaman media sosial ni, bolehlah kita tengok kehidupan golongan darah kuning ini kerana mereka selalu berkongsi gaya hidup di media sosial, yang sebelum ni memang susah rakyat jelata nak tahu.
Jadi jom tengok istana sultan dan kehidupan putera, puteri dan kerabat raja Malaysia yang kami kumpulkan ni!
1. Istana Negara- Yang Di Pertuan Agong
Walaupun Sultan Melayu ada banyak istana, tetapi, Istana Negara yang terletak Jalan Istana ini mula dibina oleh Chan Wing pada tahun 1928 telah dipilih sebagai lambang ‘Sistem Raja Berpelembagaan Malaysia’.
Istana negara baharu telah dibina semula dengan nafas baru pada 15 November 2011 di Jalan Duta untuk menggantikan istana negara sebelum ini yang telah digunakan selama 83 tahun sebagai tempat bersemayam Sultan sehingga ditutup pada 15 November 2011.
sultan, agong, keluarga diraja malaysia, TMJ, yang di-pertuan agong, putera raja, puteri raja, kerabat diraja
Ia dibina dengan 3 komponen dengan fungsi kegunaan rasmi yang berbeza iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran.
Elemen Islam dan Melayu telah menjadi asas pembinaannya melalui hiasan lampu, dinding dan lantai.
Tetapi, sebagai rakyat, anda cuma boleh masuk ke istana melalui pintu ketiga saja sebab pintu 1 dan 2 khas untuk laluan raja-raja dan tetamu diraja.
sultan, agong, keluarga diraja malaysia, TMJ, yang di-pertuan agong, putera raja, puteri raja, kerabat diraja
Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Permaisuri Agong ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
2. Istana Abu Bakar- Keluarga Diraja Pahang
sultan, agong, keluarga diraja malaysia, TMJ, yang di-pertuan agong, putera raja, puteri raja, kerabat diraja
Istana Abu Bakar adalah istana untuk urusan rasmi seperti pengurniaan darjah kebesaran dan terdapat Balairung Seni. Ia bina pada awal 1960-an.
Keluarga Diraja Pahang mempunyai 15 buah istana yang mengikut fungsi dan diduduki anggota keluarga diraja.
3. Tengku Panglima Besar, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah- Keluarga Diraja Pahang
sultan, agong, keluarga diraja malaysia, TMJ, yang di-pertuan agong, putera raja, puteri raja, kerabat diraja
Segak betul! Tak hairanlah majoriti daripada 649k pengikut Instagram beliau adalah dari kalangan wanita.
Putera sulung kepada Sultan dan Sultanah Pahang ini terkenal dengan sikap pemalu sampai digelar Mommy’s Boy oleh netizen!
Apa yang best jadi anak raja ini bila dapat naik kereta mewah apabila nak ke mana-mana sambil dipandu oleh driver.
Bonus bila dapat berjumpa dengan orang-orang ternama di pelbagai negara untuk tujuan hubungan diplomatik.
sultan, agong, keluarga diraja malaysia, TMJ, yang di-pertuan agong, putera raja, puteri raja, kerabat diraja
Tak dapat bayangkan hidupnya di Istana Abdul Aziz yang besar itu. Mesti ramai gegadis yang bercita-cita nak merasa duduk atas sofa empuk bercerminkan hiasan gading gajah kan!
sultan, agong, keluarga diraja malaysia, TMJ, yang di-pertuan agong, putera raja, puteri raja, kerabat diraja
Walaupun hidup sebagai kerabat diraja, Tengku Hassanal gemar mencemar duli dengan melakukan aktiviti kemasyarakatan bersama-sama rakyat Pahang.
4. Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah- Keluarga Diraja Pahang
sultan, agong, keluarga diraja malaysia, TMJ, yang di-pertuan agong, putera raja, puteri raja, kerabat diraja
Tengku Puteri Afzan Aminah mendapat perhatian di Twitter kerana perwatakan mesra rakyat yang ditonjolkan di situ. Patutlah sampai 244.5k jumlah pengikut akaun Twitternya!
Selain itu, pakaian yang dikenakan juga selalu tampak high-class. Maklumlah, tengok sajalah detail sulaman dan batu permata mahal yang ada di pakaiannya. Mengancam!
Tengku Afzan sekeluarga selalu makan bersama-sama. Alangkah indahnya jika dapat menjamu santapan di meja yang besar dan sambil diterangi cahaya Chandelier!
sultan, agong, keluarga diraja malaysia, TMJ, yang di-pertuan agong, putera raja, puteri raja, kerabat diraja
Dalam istana mestilah banyak perhiasan kan? Tetapi, kebanyakan hiasan dalam istana Pahang ini ‘have-have’ sangat! Contohnya Istana Pahang yang menggunakan bunga hidup yang segar di ruangan utama seperti tangga.
Selain itu, perabot dalaman yang digunakan juga, kebanyakannya mempunyai ukiran dan jahitan terperinci dan ada yang diperbuat daripada emas. Peh!
5. Istana Bukit Serene- Keluarga Diraja Johor
sultan, agong, keluarga diraja malaysia, TMJ, yang di-pertuan agong, putera raja, puteri raja, kerabat diraja
Istana Bukit Serene adalah kediaman rasmi Sultan Johor yang menghadap Selat Johor dan siap dibina pada 1939.
Istana ini mula dibina pada 1933 di atas tanah berkeluasan 121.4 hektar. Menariknya istana ni ialah ia mempunyai menara setinggi 35 meter. Boleh nampak lah sampai Singapura.
sultan, agong, keluarga diraja malaysia, TMJ, yang di-pertuan agong, putera raja, puteri raja, kerabat diraja
Keluarga Diraja Johor mempunyai 6 buah istana rasmi, tapi Istana Bukit Serene ni adalah yang utama sebab jadi tempat tinggal mereka.
6. Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) – Keluarga Diraja Johor
sultan, agong, keluarga diraja malaysia, TMJ, yang di-pertuan agong, putera raja, puteri raja, kerabat diraja
Mempunyai seramai 3.2 juta pengikut Instagram. Ya, siapa lagi kalau bukan Tunku Mahkota Johor (TMJ)! Pernah dianugerahkan sebagai “Best In Riding” di Dehra Dun India, bakat putera sulung daripada 6 orang adik-beradik ini dalam sukan polo memang power!
Bola sepak juga antara makanan TMJ. Tak peliklah pasukan bola JDT boleh maju di bawah pimpinannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sejak 16 Februari 2012.
Kontroversi? Nah! Tahap kecekalannya sudah diuji sejak muda. Mana tidaknya, umur 19 tahun dah sertai latihan ketenteraan sebagai Pegawai Kadet di ‘Indian Military Academy‘ (I.M.A), Dehra Dun, India.
TMJ antara kerabat diraja yang paling gemar berkongsi gambar kehidupan di istana. Mewah betul! Bukan saja hari-hari dapat mandi di kolam renang besar, nak enjoy pemandangan ‘sunset’ pun dari istana saja geng!
sultan, agong, keluarga diraja malaysia, TMJ, yang di-pertuan agong, putera raja, puteri raja, kerabat diraja
Tak payah susah-susah pergi Port Dickson semata nak tengok sunset.
Kalau nak tahu, aksesori harian TMJ seperti topi pun disimpan rapi dalam bilik khas tau. Siap ada tema bilik lagi, Avengers! Macam mana lah agaknya susunan pakaian dan kasut TMJ ini ya?
sultan, agong, keluarga diraja malaysia, TMJ, yang di-pertuan agong, putera raja, puteri raja, kerabat diraja
7. Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim- Keluarga Diraja Johor
sultan, agong, keluarga diraja malaysia, TMJ, yang di-pertuan agong, putera raja, puteri raja, kerabat diraja
Anak ketiga Sultan Johor dan Raja Zarith Sofia yang dilahirkan pada 25 Disember 1987 di Johor Bahru, Johor. Tunku Idris pernah menyertai kursus penerbangan di Akademi Penerbangan Integrasi (IAC) di Perak.
Selain wajah yang tampan, personalitinya juga agak unik kerana Tunku Idris adalah pencinta haiwan eksotik seperti ular dan buaya putih yang ditayangkan di Instagramnya.
sultan, agong, keluarga diraja malaysia, TMJ, yang di-pertuan agong, putera raja, puteri raja, kerabat diraja
Syok betul jadi anak sultan, petang-petang dapat menikmati pemandangan pulau sambil didodoi oleh angin sepoi-sepoi bahasa. Layan!
Selain itu, Tunku Idris juga peminat kereta mewah, seperti yang banyak ditunjukkan dalam instagramnya.
sultan, agong, keluarga diraja malaysia, TMJ, yang di-pertuan agong, putera raja, puteri raja, kerabat diraja
8. Istana Alam Shah- Keluarga Diraja Selangor
Istana Alam Shah adalah istana rasmi Sultan Selangor yang terletak di Klang. Ia dibina pada 1905 ketika pemerintahan Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah, Sultan Kelima Selangor.
Di istana inilah, Sultan Selangor ke-7, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dilahirkan. Istana ni ada 15 bilik dan dibina menggunakan kayu dan marmar. Memang lawa.
9. Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah- Keluarga Diraja Selangor
Putera kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj dan Cik Puan Nur Lisa Idris binti Abdullah ini memang terkenal dengan personalitinya yang berjiwa rakyat kerana sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat Selangor.
Buktinya boleh dilihat melalui usahanya dalam pertubuhan kebajikan seperti Selangor Cheshire Home, Make a Wish dan Yayasan Raja Muda Selangor.
sultan, agong, keluarga diraja malaysia, TMJ, yang di-pertuan agong, putera raja, puteri raja, kerabat diraja
Walaupun jadualnya padat, tetapi keperluan kehidupan seharian Tengku Amir juga serba lengkap dan selesa! Ini termasuk pejabat peribadi yang disediakan istimewa untuknya. Ruang solat juga ada bilik khas tau!
10. Che Puan Juliana Sophie Evans- Keluarga Diraja Selangor
Siapa tak kenal pelakon cantik jelita, Juliana Evans yang telahpun menjadi kerabat diraja melalui perkahwinannya bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada April 2017.
Bukan sekadar pandai berlakon, tetapi che puan juga maju dalam bisnesnya, Jevans Jewelry selain daripada memikul tanggungjawab sebagai Penaung Kelab Ultimate Trampoline dan Duta Pelancongan Selangor.
Istana Besar Seri Menanti ialah kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, ia menggantikan Istana Lama Seri Menanti yang diperbuat daripada kayu dan kini sudah menjadi sebuah muzium.
12. Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz – Keluarga Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan
Lebih mesra dikenali sebagai Tunku ‘Abidin Muhriz, kelebihan intelek dan kepimpinannya begitu menonjol melalui penglibatan baginda dalam aktiviti rakyat dari pelbagai aspek.
Bagi anda yang tak pernah melawat mana-mana istana, kalau nak tahu, kawasan istana ini memang luas. Seronok tau kalau dapat ambil udara segar dalam istana sendiri.
sultan, agong, keluarga diraja malaysia, TMJ, yang di-pertuan agong, putera raja, puteri raja, kerabat diraja
Walaupun dilahirkan sebagai kerabat diraja, banyak sumbangan Tunku Zain kepada rakyat. Antaranya pertubuhan seperti Ideas Malaysia, Ideas Autism Centre dan The Yayasan Chow Kit.
13. Sultan Muhammad V- Keluarga Diraja Kelantan
Pertama kali dalam sejarah Yang di-Pertuan Agong meletakkan jawatan selepas 3 tahun berkhidmat sejak dari tahun 2016 sehingga 2019. Ya, itulah Sultan Muhammad V!
Istana Sultan Kelantan walaupun nampak “biasa”, tetapi didalamnya masih mengekalkan kemewahan, sesuai statusnya sebagai kediaman rasmi sultan.
Lantai dan dinding kayu yang digunakan sentiasa dijaga dengan rapi. Patutlah berkilat! Daripada sebesar-besar perabot sehinggalah tempat alas kek mempunyai tema diraja yang ekslusif. Istimewa betul!
14. Istana Iskandariah Kuala Kangsar- Keluarga Diraja Perak
Istana Iskandariah di Kuala Kangsar ni adalah tempat bersemayam Sultan Perak yang siap dibina pada 1933.
Seni bina istana seperti seni bina Islam-India “Saracenic” yang digabungkan degan corak seni bina Asia Barat. Ia terletak di atas tapak berkeluasan 10,435 meter persegi.
Sultan Perak sekarang ialah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Perak pada 2014.
Sultan Nazrin bukan calang-calang ya, baginda ada masters dari Universiti Oxford dan PhD dari Universiti Harvard.
Keluarga diraja Perak memang bijak-bijak, Ayahnda Sultan Nazrin, Almarhum Sultan Azlan Shah pula adalah bekas ketua hakim negara yang meletak jawatan bagi menaiki takhta Kesultanan Perak.
Bonus: 3 Istana Sultan Brunei, Thailand Dan Indonesia
1. Istana Nurul Iman, Brunei
Terletak di tebing Sungai Brunei dengan keluasan 2,152,782 kaki persegi menjadikannya sebagai Istana yang terbesar di dunia. Bayangkan, dewannya saja mampu memuatkan sehingga 5000 orang.
Ada 1788 bangunan, 5 kolam renang dan lebih dari 250 bilik air dalam istana ini. Seni bina dan hiasan dalamannya juga bercirikan tradisional dan moden dengan penggunaan lantai ‘marble’ dari Itali, kaca Inggeris dan Sutera China.
Leonardo V. Locsin merupakan arkitek yang menyunting elemen Islamik dan Melayu untuk dipadankan dengan nama Istana itu sendiri, Nurul Iman yang bermaksud cahaya keimanan.
Ia kini bukan sahaja didiami oleh Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan keluarga, tetapi digunakan juga sebagai pejabat kerajaan Brunei termasuk pejabat Perdana Menteri.
2. Istana Raja Phra Borom Maha Ratcha Wang, Thailand
Istana ini mula diwujudkan dengan keluasan 218.400 meter persegi sebagai kediaman raja-raja Thailand sejak abad ke-18 lagi, iaitu pada tahun 1782 semasa pemerintahan Raja Rama 1. Masa inilah ibu kota Siam dari Thonburi, Bangkok dipindahkan ke Timur sungai Chao Phraya.
Tetapi, ia tidak lagi digunakan oleh raja-raja Thailand sejak abad ke-20 untuk bersemayam. Istana ini cuma digunakan secara rasmi bagi tujuan istiadat kenegaraan saja seperti penobatan, pernikahan, pemakaman dan acara makan.
Kini, ia dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancong di Thailand kerana struktur pembinaannya yang gah melalui menara emas istana serta pemandangan istana yang begitu indah.
Terdapat kompleks seperti Wat Phra Kaew (Kuil Emerald Buddha) dalam istana ini yang dijadikan tempat beribadat privasi bagi keluarga raja Thailand. Ia juga dianggap sebagai jantung spiritual kerajaan Thailand.
3. Istana Maimun, Indonesia
sultan, agong, keluarga diraja malaysia, TMJ, yang di-pertuan agong, putera raja, puteri raja, kerabat diraja
Terletak di Medan, Sumatera Indonesia, Istana Maimun yang mula dibina pada tahun 1888 dengan keluasan 2.772 meter persegi di atas dua lantai yang mempunyai 30 ruangan dibahagikan kepada bangunan induk, sayap kanan dan juga sayap kiri.
Istana ini dimiliki oleh Kesultanan Deli, Sultan Mahmoed Al Rasyid Perkasa Alamsyah, anak Sulung dari Sultan Mahmud Perkasa Alamsyah. Kini ia tidak lagi digunakan sebagai kediaman raja-raja Indonesia, tetapi dijadikan ikon Kota Medan sebagai pusat kunjungan bagi sesiapa yang melancong di Indonesia.
Sambil berkunjung, anda juga boleh berhibur dengan alunan muzik Melayu yang dimainkan di pintu utama istana tersebut. Istiadat Indonesia dapat difahami dengan melihat struktur seni bina dan hiasan dalamannya yang berkonsep Melayu, Eropah, dan Islam.
Warna kuning menjadi dominan di Istana ini sebagai warna khas Bangsawan Melayu. Elemen sejarah rakyat juga diselitkan di sini seperti Meriam puntung yang dikatakan jelmaan Putri Hijau.
Mewah? Tapi, Tanggungjawab Besar!
Sekarang anda mesti sudah kenal beberapa istana dan gaya hidup kerabat diraja di Malaysia kan? Nampak macam seronok hidup sebagai kerabat diraja ini, tetapi, ianya bukan semudah ABC.
Mereka perlu menjaga batas-batas dan adat-istiadat raja. Sebabnya semua tindakan akan memberi kesan kepada masyarakat. Unik juga Malaysia kan, salah satu daripada hanya 42 negara dalam dunia yang ada institusi beraja.
BACA: Rupanya Pluto bukan lagi sebuah planet, ini yang terjadi sebenarnya