Assalamualaikum dan salam sejahtera.Nama saya Zizi (bukan nama sebenar). Saya baru kawin 2 tahun lebih tapi belum dikurniakan zuriat.
Tinggal sebumbung bersama keluarga mertua, ipar duai dan rumah berdekatan dengan pakcik makcik suami (rumah kampung)
Kali pertama saya melangkah masuk ke rumah mertua. Saya melihat tiada yang menghormat mertua seperti ibu kandung sendiri.
Malah ada anak anak yang panggil ibu mertua saya dengan panggilan nama. Ada juga yang sudah 1 tahun tak bertegur dengan mertua.
Pada mulanya saya kesian pada ibu mertua saya. Dan saya bagi lebih perhatian pada ibu mertua saya.
Masuk 1 tahun perkahwinan saya mula tahu perangai sebenar ibu mertua saya.
Saya dan suami belum dikurniakan zuriat. Pada suatu haritu ada majlis perkahwinan sepupu suami. Tengah ramai ramai sedang berbual selepas habis majlis. Ibu mertua tanya saya depan ssemua saudara mara yang hadir,
“Zizi bila nak ada anak?? Macam mana lah rupa anak Zizi nanti”. Saya terkedu.
Selama dia dengan saya tinggal serumah takde pun dia tanya berkenaan zuriat. Tiba tiba depan orang ramai, dia tanya.
Saya malu dan balik rumah cerita pada suami. Suami cuma cakap “sabar aje”.
Pada hari raya tahun lepas. (untuk makluman suami pernah bercinta dengan sepupu punya isteri punya kakak tapi putus sekerat jalan dan dulu mertua sangat rapat dengan ex suami) waktu beraya di rumah saudara berdekatan,
Sedang berbual bual ibu mertua cakap depan adik ex suami, “Zizi belum lagi ada anak, taktahu lah bila nak mengandung” mata saya dah mula bergelinangan.
Saya hanya senyum dan makan je. Kebetulan ada anak ex suami. Ibu mertua dukung peluk dan cakap,
“cucu nenek, rindu nenek dekat cucu nenek ni” saya rasa sangat sedih dan saya minta balik.
Saya masuk bilik suami pujuk. Suami saya marah pada mak mertua buruk kan saya, mak mertua saya jawab,
“yeke mak ade ke cakap pasal Zizi tadi. Mak tak pernah buruk menantu mak dekat orang”.
Hebat lakonan mak mertua puaka menjaja cerita anak menantu.
Hampir masuk 1 tahun lebih saya dirumah mertua, sarapan baju, baju mertua semua saya siapkan. Tapi makin diberi muka, ibu mertua buat saya seperti kuli.
Bila pergi ke pasaraya dia hanya arah arah saya untuk ambil barang keperluan sedangkan saya pun banyak barang nak dibeli.
Saya geram dan terpaksa tinggikan suara, “mak angkatlah, Zizi pon ada barang nak kena beli”.
Masuk tahun ke 2, saya perasan mak mertua asyik post gambar seorang lelaki.
Suami suruh saya buat wasap web dan login fb mak mertua saya.
Baru baru ini dia suruh saya transfer 2k ke dalam 1 akaun bank. Saya rasa curiga dan saya pun bagitahu suami.
Rupanya dia bagi dekat lelaki tu duit. Dan lama kelamaan saya tengok wasap ibu mertua sering bercakap lcah bersama lelaki tersebut.
Saya bagithu suami, suami pun dah tegur. Alasan ibu mertua saya, “dia kurang kasih sayang lelaki katanya”.
Saya hanya berdiamm.
Selang beberapa bulan, dia ikut lelaki tersebut ke kenduri kawin. Dia keluar sewaktu suami tiada dirumah dan pada waktu malam. Dia tak tahu yang saya ada buat wasap web.
Keesokan saya tengok dia berjoget dan berpelukan sakan dalam 1 video yang dipost oleh lelaki tersebut di fb.
Mak mertua balik seperti kelelahan kepenatan macam tolong orang rewang.
Di dalam wasap dan fb bukan main sihat bercerita tidak senonoh. Bila depan saya dan suami macam dah nazak dan pitam. Sedangkan kami tahu dibelakang apa yang dia buat.
Saya cuba hormat seperti mak kandung saya sendiri tapi mulut dan perangai membuat saya menyampah dengan mak mertua.
Minggu ini dia demam dan taknak mandi, 1 hari duduk keseorangan dibilik.
Bila saya tengok ws web dia minta lelaki tersebut tidak berpakaian dan sebagainya. Depan saya seperti nazak nak mati esok.
Apa yang saya nak kena buat dengan mertua macam ni??? Saya cuba jadi yang terbaik tapi lakonan nya buat saya benci menyampah.
Reaksi Warganet
Indra Putra –
Lawak kan gelagat mil dan fil zaman loni. Dulu pun ada, pi dangdut bagai.
Tapi, sebagai menantu, buat apalah nak masuk campur! awak tu bukan anak dia. Suruh suami take over wasep web mak dia tu.
Sebagai menantu, kalau awak beria sangat nanti kang hujung cerita, awak juga yang kene. Bukan orang lain.
Anak anak mesti menangkan ibu dia juga, termasuk suami awak. Entah entah nama awak dipetik jadi batu api pulak !!
So, abaikan semuanya. Why bother?? kata diva aa hahaha
Norkiah Mohd Tahrin –
Sebenarnye, lantak la mak mertua awak tu nak perangai macam mana pun. Awak tu yang kene keluar dari rumah cari rumah sendiri.
Kan dah kata dekat busuk, jauh wangi. Bila dah duduk sekali tu buruk je semuanya baik awak baik mak mertua.
Dan ipar ipar awak buat mak mertua awak tu kurang ajar pun biarkan tak payah kesian kesian sebab memang dia dah terima dan sayang anak dia seadanya.
Rabiatul Adawiyah –
Tak fahamlah, dah tua tapi kelakuan… Entahlah. Orang macam nie memang kuat drama.
Nanti kalau orang tak layan sebab perangai dia, mulalah nanti drama air mata. Cerita dekat orang anak menantu tak layan dia, abaikan dia.
Berapa banyak dah orang tua perangai macam tue. Play viictim, nanti kena tegur buat drama lagi dan lagi… Annoying sangat…
MIL kau nie just tunggu sudah terhantuk baru terngadah jer lagi. Biar kena kaw kaw..Baru sel sel otak dia tersentak berhubung..
Noor Izrain –
Peringatan buat isteri yang belum ada zuriat walaupun da kawin lama…
– mula adakan border line demi mengelakkn hati dan perasaan kita terluka. Maksudnya, jangan ambil tahu pasal orang lain dalam rumah tu (kalau masih tinggal serumah dengan mentua/ipar duai)
Kerana bila silap sikit, mereka akan menggunakan ‘kekurangan’ kita untuk balas balik. Sedangkan takde kena mengena pun.
Dalam kes awak ni, masalah kegatalan mak mentua tu bukan masalah awk. just drop it..
– isteri yang belum ada zuriat, bukan semua mentua boleh terima dan dalam hatinya tetap ada rasa ralat walau baik macam mane sekali pun.
Mereka lupa, rezeki anak adalah dariNya, bukan boleh beli dekat kedai. Tak payah nak ambil hati dia over over sangat sebab persepsi dia tak akan berubah..
– jangan join berkumpul jika ada mak mentua bersama kerana ini dapat mengelakkan pertanyaan orang mengenai kita.
Memang betul mereka akan membawang, yang penting tak sampai ke telinga kita dan ambil sikap ‘lantaklah korang nak cakap apa’.
– emosi dan mental kena kuat dan yang penting kita selamatkan hati dan perasaan kita kerana tiada orang yang akan faham apa kita rasa.
All the best… awak masih baru berumahtangga dan munggkin belum ada rezeki…
Sumber – Zizi
BACA: Patutlah Bella Hadid anti dengan isr43l? Ini kisah sebenar yang dihadapi keluarganya