‘Meremang saya tengok..’ Lain pula netizen perasan bila tengok gambar IG Ummi Nazeera

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Acara yang paling dinanti-nantikan oleh peminat dunia fesyen tempatan, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2024,

Baru sahaja berakhir setelah tujuh hari berlangsung di Esplanade Suria KLCC, berhadapan dengan kawasan air pancut terkenal di pusat beli-belah tersebut.

Ummi Nazeera, salah seorang selebriti yang turut hadir sebagai tetamu dan model di acara tahunan ini, telah berkongsi beberapa momen istimewa di Instagram.

“Hantaran terakhir saya untuk #KLFW2024 😂. Kini saya perlu mula membaca skrip,” tulis Ummi di Instagram.

Dalam satu video yang dikongsi, ada netizen yang perasan Ummi tidak bersalaman dengan salah seorang kru acara fesyen tersebut,

dengan alasan beliau sedang berada dalam keadaan berwuduk.

Walau bagaimanapun, ramai yang memuji penampilan Ummi yang tetap cantik dan memukau sepanjang acara tersebut.
“I ada wuduk, jaga wuduk 😍.”

“Meremang saya tengok Ummi cakap ada wuduk. My idol 😍.”

“Cantiknya. Macam model magazine 😍.”

“Jawapan paling selamat!. Yang ‘itu’ pun kan hmm lupa la tu dia bukan yang asli.”

“Ingat kan yang nak salam tu perempuan. Sekali Ummi cakap ada wuduk, okay saya faham.”

“Ingatkan gambar first memang badan Ummi Nazeera bengkok, rupanya bila slide lah baju.”

“Tak pernah tak cantik.”

“Wow i like your fashion tudung akak Ummi Nazeera. So i like sangat.”

BACA: “Suami aku memang tak pernah marah dan tak kisah pun kalau aku tak masak, cuma aku rasa macam isteri tak guna”