‘Meremang bulu roma!’ Wanita ini terbeli beg ‘preloved’ dari founder kosmetik, terkejut jumpa buku jampi dalam beg tu

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

‘Meremang bulu roma!’ Wanita ini terbeli beg ‘preloved’ dari founder kosmetik, terkejut jumpa buku jampi dalam beg tu

Seorang wanita terkejut apabila menemui sebuah buku mengandungi tulisan didakwa amalan jampi serapah

barang tersebut berada di dalam beg tangan ‘preloved’ atau terpakai yang dibeli milik seorang pengasas kosmetik.

'Meremang bulu roma!' Wanita ini terbeli beg ‘preloved’ dari founder kosmetik, terkejut jumpa buku jampi dalam beg tu

Menerusi posting di aplikasi TikTok, wanita tersebut Haslina Hashim memuat naik satu video memaparkan dia membuka sebahagian helaian buku itu sekali gus kelihatan pelbagai ayat yang tidak diketahui maksudnya.

“Saya jumpa buku jampi ni, milik seorang pengasas produk kecantikan. Pakai jampi rupanya gais. Banyak lagi rahsia,” tulisnya dalam video berdurasi 18 saat itu.

Lebih membuatkan orang ramai menjadi ‘seram’ apabila Haslina memaklumkan bahawa pengasas berkenaan sudah meninggal dunia, namun dia tidak berkongsi perkara itu dengan lebih lanjut.

Sedar perbuatan itu adalah bercanggah dengan ajaran Islam, dia mendoakan warganet yang menonton video terbabit agar terhindar daripada perkara menyalahi akidah.

“Pemilik buku ni dah arwah. Saya terjumpa dalam beg tangan dia yang saya beli as preloved. Masyallah nauzubillah semoga kita semua terhindar dari syirik,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai tertanya-tanya berhubung gerangan pengasas itu selain mengakui meremang bulu roma apabila melihat penulisan dalam buku tersebut.

Malah, terdapat juga segelintir individu berkongsi pengalaman bahawa nenek moyang mereka juga pernah melakukan perbuatan seperti itu tetapi mereka tidak mengamalkan ajaran berkenaan.

BACA:

Rupanya ramai lelaki Korea yang berkhatan, lagi ramai berbanding Malaysia, ini sebabnya