Menyokong Palestin secara terbuka, pemain Morocco gugur dari skuad kebangsaan

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Suarakan sokongan kepada rakyat Palestine secara terbuka, Hakim Ziyech digugurkan daripada skuad kebangsaan bagi perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika.

Menurut ketua jurulatih Morocco, Walid Regragui, Ziyech digugurkan kerana mengalami kecederaan.

Namun, ramai yang berpendapat pemain tersebut disingkirkan kerana menyuarakan sokongan terhadap Palestine.

Melalui laman media sosial Instagramnya, Ziyech menuduh negaranya memberi sokongan kepada rejim Zionis yang meneruskan hubungan diplomatik dengan Israel.

Dalam satu video, pemain berusia 31 tahun itu menulis, “Mari kita jelaskan satu perkara.

Menyokong Palestin secara terbuka, pemain Morocco gugur dari skuad kebangsaan

Pergi jahanam Israel dan setiap negara lain yang menyokong kelakuan seperti ini. Bebaskan Palestine.”

Tindakan beliau mendapat pelbagai reaksi daripada peminat dan masyarakat bola sepak di seluruh dunia, ada yang menyokong dan ada yang mengecam. Wartawan sukan, Layla Hamed, menulis di laman X, “Sebagai seorang pemain yang membawa pasukan kebangsaan Maghribi di belakangnya selama bertahun-tahun dan yang sentiasa berpegang teguh pada persoalan prinsip. Syabas Hakim.”

Ekoran konflik antara Israel dan Hamas, pasukan bola sepak Morocco tidak dapat beraksi di tanah air sendiri bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2026.

Persatuan Bola Sepak Palestine (PFA) telah menjelaskan mengapa mereka memilih Malaysia sebagai venue untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Jordan pada September lalu.

“Berdasarkan realiti ini, kami telah memutuskan untuk bermain perlawanan pertama kami menentang Jordan pada 10 September di Malaysia. Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada negara yang menawarkan untuk menganjurkan perlawanan di tempat sendiri, termasuk Arab Saudi, Jordan, Kuwait, Algeria, Malaysia, Indonesia, dan Qatar.

“Malaysia dipilih kerana kedudukan geografinya yang hampir dengan perlawanan pertama kami menentang Korea, bersama dengan hubungan persaudaraan yang mendalam dan sokongan padu yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia secara konsisten untuk perjuangan Palestine.

“Tambahan pula, Malaysia tidak bersaing untuk merebut tempat di Piala Dunia pada peringkat ini, memastikan keadilan dan rasa hormat terhadap pasukan lain dalam kumpulan kami, oleh itu PFA memilih venue alternatif.

“Di PFA, kami komited untuk mempamerkan semangat rakyat kami melalui bola sepak, dan dengan sokongan komuniti sukan global, kami menyasarkan untuk layak ke Piala Dunia dengan penghormatan dan keazaman,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan.

BACA: Dakwa tak mampu bayar yuran, pelajar universiti kantoi guna RM30000 bantuan NGO untuk judi online