“Menyesal ajak kak sepupu duduk serumah, rupa-rupanya..”, wanita ini luah kisah bermadu dengan sepupu sendiri

Oleh INFORAKYAT

“Menyesal ajak kak sepupu duduk serumah, rupa-rupanya..”, wanita ini luah kisah bermadu dengan sepupu sendiri.

Saya ambil Kak Ha, sepupu saya tinggal bersama kami sebab dia tinggal sebatang kara dan hubungan kami dah macam adik beradik.

Kak Ha rajin dan serba serbi pandai sebagai wanita pilihan.

Silap saya yang sibuk bekerja hingga saya pelik Suami selalu puji kakak sepupu saya, kak Ha pandai itu, pandai ini.

"Menyesal ajak kak sepupu duduk serumah, rupa-rupanya..", wanita ini luah kisah bermadu dengan sepupu sendiri

Waktu saya masak, suami kata masakan kak Ha lebih sedap.

Assalamualaikum admin, ni fake fb, nama saya Nora (bukan nama sebenar). Saya nak berkongsi kisah saya yang tak seberapa. Hari ni genap 3 bulan saya bercerai secara baik di mahkamah syariah.

Kami sukareIa bercerai tanpa anak. Kisah bermula 2 tahun yang dulu, saya ambil kakak sepupu saya tinggal dengan saya membantu saya di rumah sebab dia sebatang kara selepas mak ayah dia meninggaI dunia dan adik beradik duduk jauh.

Dia dan saya dah macam adik beradik dari kecil, kami sangat rapat. Saya bekerja sebagai kerani dan suami saya bekerja sebagai guru. Kakak sepupu saya (kak Ha) rajin, pandai masak, pandai mengemas serba serbi sebagai wanita pilihan.

Saya pula sibuk walaupun bekerja sebagai kerani cabuk di company yang buat kedai service kereta.. Kadang-kadang kerja smpai malam tapi masa saya cuti selalu saya dan suami pergi bercuti sama-sama berdua. Kadang-kadang kami bawa kakak sepupu sekali sebab takut dia sunyi di rumah.

Tapi waktu tu saya yakin dan percaya dengan suami sebab sepanjang perkahwinan kami hampir 10 tahun dia tak pernah buat hal, sekalipun tak pernah. Saya sentiasa check hp nya dan kami selalu bermesej walaupun di tempat kerja, cuma saya kurang masa melayan makan dan minumnya, hanya dapat layan masa cuti saja.

Tapi layanan tempat tidur saya tak pernah tolak kalau diminta walaupun saya penat, saya sentiasa buat yang terbaik. Dia bagi saya seorang lelaki yang sempurna dan sangat baik. Nafkah tak pernah culas, cuma saya bayar kereta saya dan bantu satu personal loan dia je.

Satu hari, saya pelik kenapa dia asyik diam dengan saya, maksud saya dia dah tak banyak cakap macam selalu tapi dia selalu puji kakak sepupu saya, kak Ha pandai itu, pandai ini. Sampaikan waktu saya masak untuk dia time cuti, dia kata masakan kak Ha lebih sedap dan waktu kami pergi bercuti dan tidur di hotel, dia kata kalau bawa kak Ha kan best, kesian dia duduk sorang-sorang tak ada orang teman di rumah.

Senang cerita 24 jam saya asyik dengar nama kak Ha.. Bagi saya waktu tu biasa sebab saya pun sayang kak Ha… Bodohnya saya sebab bawa orang luar dalam kehidupan kami. Suatu hari company saya buat family trip, beria saya ajak suami saya tapi dia tak nak pergi walaupun waktu tu cuti sekolah, dia kata dia ada urusan sekolah.

Saya iakan saja sebab kak Ha kata dia nak jenguk kawannya di pantai timur jadi mereka sepatutnya tak saya tinggalkan berdua dalam rumah selama 3 hari 2 malam. Disebabkan saya akan pergi dengan staff lain flight kami malam, saya kena ready di airport pagi-pagi lagi sebab kena uruskan beberapa hal dan nak arrange staff semua.

Kuasa tuhan, kad bank saya tertinggal sebab saya tukar beg tangan, terus saya order grab balik rumah, cash cukup-cukup di tangan, rumah saya satu tingkat je, jadi saya suruh abang grab tunggu sekejap sebab saya nak ambil barang dan nak jumpa suami saya.

Bilik saya betul-betul beIah depan dekat dengan parking kereta, tingkapnya tak jauh dari pintu masuk rumah saya. Pintu pagar tak bertutup saya masuk seolah-olah tuhan nak tunjuk nak bukakkan segala rahsia.

Saya berjalan ke pintu dan ingin mengetuk tapi saya dengar suara suami saya dan suara kak Ha sedang melakukan perbuatan tu saya terp3ranjat, tangan saya menggigiI kejang saya dekat depan pintu saya takut saya salah dengar saya takut.

Saya pergi ke tingkap bilik saya dan tekap telinga dan satu ayat yang buat saya ingat sampai sekarang yang keluar dari mulut suami saya. Suami kata Kak Ha pandai puaskan dia berbanding saya. Saya terkedu, saya ketuk pintu rumah.

Saya tak terfikir nak menyerang tapi saya dalam keadaan marah yang maksimum yang mana selama 10 tahun kahwin saya tak pernah rasa macam tu. 5 minit kemudian baru kak Ha buka pintu dah berpakaian lengkap baju tidur kelawar.

Saya diam. Saya masuk rumah, menuju ke bilik tidur saya. Suami saya yang sedang baring di atas katil meniarap tak pakai baju. Dia tak perasan saya masuk, saya pandang katil kami yang berselerak.You enjoy so much arent you, dalam hati saya berkata.

Saya terus ke meja alat soIek dan gapai beg tangan saya. Suami saya tertoleh dan mukanya jadi pucat bila nampak saya. HP di tangannya digenggam erat, saya kunci mulut.. saya terus keluar rumah, naik grab dan terus jalan.

Dalam grab baru saya fikir balik apa yang dah berlaku. Hp saya berdering banyak kali, tangan saya mengigiI tengok HP.. Saya buka whatsapp ada mesej dari suami, yang paling atas sewaktu saya atas jalan nak balik ke rumah, ‘i love u sayang.. abang rindu sayang.’

Saya menangis, sangat kuat sampai abang grab tu pun terk3jut.. Saya menangis macam orang giIa, saya tutup hp, sampai dekat airport dalam 30 minit, saya bersihkan muka dan berIagak macam biasa depan kawan – kawan.

Ye, saya terbang dan laksanakan tugas saya macam biasa tanpa fikir macam mana nak seIamatkan suami saya. 3 hari 2 malam kawan-kawan desak beritahu masalah, saya kata rindu mak di kampung je. Dalam 3 hari saya diamkan diri akhirnya saya ada solution untuk perkara ni.

Saya akui saya bodoh, selama saya pergi saya ingat dan cari kesalahan saya sebagai isteri yang saya dah buat. Ye, salah saya tak melayannya dengan baik kerana sibuk kerja tapi tu bukan sebab dia kena curang dengan saya. Saya balik ke rumah dalam keadaan hati bergolak.

Ye, kemarahan masih ada. Saya ingatkan kak Ha dah berambus dari rumah saya tapi dia masih di situ. Tak nak jumpa saya, kurung diri dalam bilik.. Suami saya juga tak ada di rumah, saya masuk ke bilik saya cadar dah bertukar.

Tergelak kecil saya, kenapa takut kantoi dah bersedap banyak malam? Jam 11 malam suami saya pulang ke rumah. Saya belum tidur, saya minta bersemuka 3 orang. Kak Ha kata dia cintakan suami saya dan suami saya kata dia tak tahu macam mana boleh ada hati dekat kak Ha tapi dia sayang kak ha..

Saya tanya mampu ke dia berpoIigami? Dia kata mampu dan dia nak ambil kak Ha sebagai isteri kedua dan hal ZURIAT yang sebelum ni tak pernah disebutkan tiba-tiba dibangkitkan. Kak Ha buka mulut kata dia mampu beri suami saya anak.

Baik, hasil perbincangan itu saya buat keputvsan benarkan mereka berkahwin, buat secara elok, apply wali hakim, saya naik mahkamah bicara dan sign borang poIigami. Ye, tangan yang beIai suami saya selama 10 tahun, tandatangan surat menyerahkan separuh dirinya kepada orang lain.

Saya dah rancang awal-awal semuanya, saya tak nak jadi bod0h kali kedua. Selepas mereka berkahwin, suami tak mampu adakan rumah lagi satu, jadi kami masih hidup serumah bertiga. Ada satu hari suami masuk ke bilik saya setelah 2 minggu tak tidur dengan saya.

Malam itu saya minta ampun dan maaf kepadanya, saya minta dia halalkan semuanya. Tiba-tiba dia menangis minta maaf menangis sungguh-sungguh dan cakap dia tak dapat nak hidup dengan kak Ha.. Dia dah cuba tapi dia kata tu sekadar nafsu dia je.

Bila lepas kahwin perasaan dekat saya makin kuat dan malam itu kami tidur menangis. 2 hari selepas itu, suami saya ke mall bersama kak Ha, saya dah bersiap dengan 2 bagasi besar. Saya kalah, dah lama saya rancang untuk pergi dari kehidupan mereka.

Saya tak dapat nak terima saya hidup dalam poIigami, hati dan perasaan saya terlalu sakit untuk tengok perempuan lain peIuk civm suami saya. Suami yang susah payah saya halalkan. Setelah saya pergi suami ada cari melalui kawan-kawan dan telefon di kampung dan kami bertemu 3 bulan lepas setelah surat-surat mohon fasakh saya sampai kepadanya.

Saya minta dia ceraikan saya secara baik tapi dia tak nak tapi akhirnya dia setuju menceraikan saya secara baik sebab kak Ha dah mengandung. Tahniah Ren.

Komen Warganet :

Kojie San : Ya Allah semoga Allah hadirkan orang yang jauh lebih baik daripada Ren tak guna tu. Ingatlah ada baIasan bagi mereka yang curang, yang khian4t, yang membelakangkan Allah seperti orang kafir. Di dalam Al-quran dah tertulis hukvman bagi mereka yang dikategorikan dalam golongan yang curang.

Sis serahkan semua kepada Allah hati tu. Semoga suami-suami yang lain juga akan diIindungi Allah swt daripada melakukan khian4t terhadap isteri-isteri mereka. Aamiin.

Amira Lyana : Semoga awak tabah menghadapi dugaan hidup. Saya doakan semoga dipermudahkan urusan awak. Lepas ni move on dan jangan ingat lagi dekat jantan tak guna tu dan kena sentiasa INGAT, kau jangan bawak sesiapa lagi lepas ni kalau kau kahwin lain. Jangan baik sangat nak bagi orang lain tumpang. Sekali dengan laki kau kena tunggang.

Izyan Iszatti : Allah, dah banyak terjadi jangan bawak orang luar walau adik beradik sendiri apetah lagi awak selalu tinggal-tinggalkan suami dan sepupu tu dan balik plak malam-malam. Adehhh syaitonirrojim ni tak pernah leka tt, mereka sentiasa laksanakan misi mereka nak pecah beIahkan rumahtangga.. Apa-apa pun semua dah berlaku, semoga awak tabah. Inshaallah, Allah akan bagi pengganti yang lebih baik.

Intan Saleha : Seluas rumah kami atau sebanyak mana bilik rumah kami, tak akan sekali-kali ada darah daging beIah suami atau saya akan menetap di rumah kami.. Maaf walaupun dengar agak kejam. Maaf sis, lain kali berfikir dulu sebelum melakukan.

Kita bukan para-para nabi atau isteri nabi, pasangan kita juga bukan begitu. Perjanjian dalam perkahwinan kami, tak akan ada sesiapa di antara kami yang akan bawa keluarga lain dalam rumah ini. Bagi saya dalam kes sis ni, kita tak boleh salahkan si suami sorang.

Cik Arai Russell : Nasiblah aku buat keputvsan yang betul.. Halau orang luar daripada duduk rumah aku ni. Kalau tak memang pisang berbuah dua kalilah.

baca:

Perarakan pemuda parti politik undang kegelisahan ramai, sekali Menteri Agama bersuara

Muhyiddin kata dia bukan suspek siasatan, SPRM pula kata sebaliknya