Menteri pengangkutan tegur syarikat penerbangan kerap ‘delay’ penerbangan lebih 5 jam

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Syarikat penerbangan disarankan untuk mempercepatkan bayaran balik penuh kepada pelanggan

Bagi kelewatan penerbangan lima jam dan ke atas, sebagai penambahbaikan kepada prosedur operasi standard (SOP) mereka.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata tempoh pembayaran semula dalam masa 30 hari yang ditetapkan

sebelum ini terlalu lama untuk pelanggan mendapatkan semula wang mereka.

Beliau menjelaskan, langkah untuk mengurangkan tempoh tersebut adalah bagi melindungi hak pengguna serta meningkatkan imej syarikat penerbangan di pasaran.

Menteri pengangkutan tegur syarikat penerbangan kerap 'delay' penerbangan lebih 5 jam

“Pengguna mempunyai hak untuk menuntut bayaran balik penuh, dan tempoh 30 hari itu merupakan tempoh maksimum yang diberikan kepada syarikat penerbangan.

“Tetapi kita berharap syarikat penerbangan dapat mempercepatkan proses ini.

Jika dapat dipercepatkan, ia akan memberi kesan yang lebih baik kepada imej syarikat, terutamanya dari segi pemasaran,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada soalan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Bebas-Kuala Kangsar) yang bertanya tentang tempoh bayaran balik kepada pelanggan untuk kelewatan penerbangan melebihi lima jam.

BACA: Hutang kerajaan naik 8.6 peratus, Menteri Kewangan tampil beri penjelasan jawab kekeliruan