Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
akan terus dimansuhkan kerana kedua-duanya dianggap sudah tidak relevan lagi.
Beliau menjelaskan bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengekalkan keputusan ini
Dan tidak berhasrat untuk mengembalikan UPSR dan PT3, yang telah dimansuhkan sejak tahun 2021 dan 2022.
Sebagai ganti, KPM memberi tumpuan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dijalankan dengan baik.
Menurut Fadhlina, segala perubahan dalam sistem pendidikan perlu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Fadhlina menyatakan perkara ini semasa sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat dasar bagi KPM di Dewan Rakyat.
Tambahnya lagi, PBS lebih bersifat holistik kerana ia menilai perkembangan murid secara menyeluruh, bukan hanya tertumpu kepada gred atau markah peperiksaan sahaja. Fokus utama adalah kepada pembelajaran yang lebih menyeluruh dan berterusan.
BACA: Cara PU Riz tegur adik ipar bila selak tudung untuk ditonton dalam live undang perhatian netizen