Menteri Kesihatan ‘kirim salam’ kepada kaki vape, peraturan ketat bulan depan

Oleh INFORAKYAT

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan bahawa peraturan yang lebih ketat berhubung vape akan mula berkuat kuasa pada bulan depan selepas beberapa kali ditangguh.

Menjawab kepada komentar pengguna di X, Dr Dzulkefly menyatakan bahawa Kementerian sedang berusaha keras untuk memastikan

Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) & Perintah 2b diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Antara peraturan yang termaktub di dalam akta tersebut adalah mengenai pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan, dan juga larangan merokok di tempat awam.

Beliau menyatakan bahawa semua peraturan dan perintah ini akan dilaksanakan serentak dengan Akta 852 termasuk vape elektronik.

Menteri Kesihatan 'kirim salam' kepada kaki vape, peraturan ketat bulan depan

“Tiga peraturan telah diluluskan oleh AGC, dengan dua peraturan lagi dan satu perintah tambahan kini dalam proses kelulusan,” katanya.

“Peraturan dan perintah akan dikuatkuasakan bersama-sama dengan Akta 852 pada Ogos 2024, sekiranya semuanya berjalan lancar. Insya-Allah, dengan izin Allah, tidak akan ada lagi kelewatan,” tambah beliau dalam kenyataan itu.

Beliau juga menyatakan kebimbangan tentang kenyataan beberapa pihak mengenai kelewatan pelaksanaan Akta 852, termasuk dari Persatuan Farmasi Malaysia (MPS).

Semalam, Presiden MPS, Amrahi Buang, melaporkan bahawa penguatkuasaan akta tersebut sepatutnya bermula awal Jun tetapi masih belum dilaksanakan oleh kerajaan.

Amrahi mengungkapkan keraguan mengenai sebab-sebab sebenar kelewatan pelaksanaan akta tersebut, yang disifatkan masih ‘tersangkut’ di pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU) KKM.

Dalam situasi ini, Dr Dzulkefly mengatakan bahawa beliau memahami kebimbangan yang timbul mengenai kelewatan pelaksanaan Akta 852.

“Saya memahami kesulitan yang dialami orang ramai disebabkan kelewatan dalam pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) ini.

“Saya memohon pengertian anda bahawa KKM sedang berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan pengesahan AGC mengenai kelulusan peraturan dan perintah ini,” jelasnya.

BACA: “Mak mertua paksa tukar nama rumah suami kepada adik ipar, masa suami aku tiada kat rumah dorang datang, paksa-paksa minta geran”