Menteri kena gasak di parlimen isu ‘pilih bulu’ bakul makanan waktu PKP

Menteri kena gasak di parlimen isu ‘pilih bulu’ bakul makanan waktu PKP

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun “diserang” beberapa ahli parlimen pembangkang berhubung isu pengagihan bakul makanan dan perkhidmatan Talian Kasih sewaktu tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Berucap pada sesi penggulungan usul menjunjung kasih titah diraja bagi pihak kementerian berkenaan, Hannah Yeoh (PH-Segambut) meminta penjelasan daripada Rina berkenaan isu pengagihan bakul makanan yang pernah dibangkitkannya sebelum ini.

Yeoh meminta supaya bantuan makanan tersebut dapat diselaraskan dengan bantuan daripada semua ahli parlimen – tanpa mengira pihak kerajaan atau pembangkang – sekiranya PKP dilaksanakan semula.

“Isu mengenai penyelaras yang telah dapat bakul makanan daripada JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan saya difahamkan walaupun jawapan rasmi tidak mengaku bahawa bantuan diberikan kepada penyelaras ahli politik masing-masing, tetapi (di) FB mereka – MCA Segambut, Bersatu Segambut – mereka semua paparkan bakul diterima oleh JKM,” katanya yang turut cuba menciap Rina untuk mendapatkan penjelasan.

Namun, Rina yang dilihat tidak menjawab soalan Yeoh itu berkata permohonan pengagihan itu diselaraskan oleh JKM daerah.

“Sebagai menteri JKM di bawah agensi saya, saya kena fikirkan bagaimana nak salurkan bantuan ni melalui JKM.

“Ia juga melibatkan pemimpin tempatan. Pemimpin tempatan ni bukan sahaja ahli parlimen. Siapalah saya untuk minta peruntukan untuk ahli parlimen.

“Saya bukan ketua kepada semua ahli parlimen. Jadi yang kita minta itu berdasarkan kepada jumlah parlimen,” jawab Rina.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/537300

COMMENTS