Menteri ingkar SOP, rakyat jadi mangsa kena darurat – Mukhriz

Menteri ingkar SOP, rakyat jadi mangsa kena darurat – Mukhriz

Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempersoalkan kewajaran negara diisytihar darurat.

Bekas menteri besar Kedah berkata rakyat kini berada dalam kepatuhan tinggi bagi mengekang penularan Covid-19.

“Kalau marah dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat merusuh di jalanan, cetus huru-hara, mungkin bolehlah isytihar darurat.

“Tetapi rakyat sanggup korban, tidak merusuh, banyak sabar, patuh PKP. Menteri yang tidak patuh. Kenapa rakyat pula hendak ditekan dengan darurat?” soalnya di Twitter hari ini.

Perdana menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam dipercayai bagi memohon pengisyriharan darurat.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu kenyataan hari ini bagaimanapun bertitah isu berkenaan akan dirujuk kepada Majlis Raja-Raja terlebih dahulu.

Berita penuh : https://www.projekmm.com/news/berita/2020/10/24/menteri-ingkar-sop-rakyat-kena-darurat-soal-mukhriz/1915868

COMMENTS