Menteri buat hal lagi? Cikgu dedah sesuatu yang besar bakal berlaku dalam sistem pendidikan negara!

Oleh INFORAKYAT

Menteri buat hal lagi? Cikgu dedah sesuatu yang besar bakal berlaku dalam sistem pendidikan negara!Perubahan besar sedang berlaku dalam sistem pendidikan negara kita.

1. Selama 34 tahun KPM tak pernah berubah. Hari pertama persekolahan wajib ada sesi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP).

Kalau tak berlangsung PdP, siaplah sekolah kena tindakan.

Menteri buat hal lagi? Cikgu dedah sesuatu yang besar bakal berlaku dalam sistem pendidikan negara!

2. Nazir, pegawai KPM, PPD, JPN bahkan menteri biasanya akan turun ke sekolah pada hari pertama hanya untuk memastikan semua guru mengajar, semua murid belajar seawal hari pertama.

3. Entah berapa banyak artikel saya menulis tak setuju dengan dasar itu. Apa relevan hari pertama perlu terus belajar? Murid masih dalam mood cuti, buka sekolah terus kena perah otak. Memang saya tak setuju dan menulis banyak artikel tentang hal tu. Namun dipandang sepi.

4. Saat harapan bagai hilang, tahun ni tiba-tiba satu kejutan bila KPPM kita Dato Pkharuddin mengeluarkan satu pekeliling pada 9 Mac 2023 membatalkan pekeliling 13 Disember 1989.

5. Pekeliling baru ini mengutamakan kesihatan mental dan emosi murid dan warga sekolah. Hari pertama tak perlu lagi belajar. Bahkan minggu pertama sesi persekolahan adalah minggu penuh dengan aktiviti dan program menarik.

6. Buat kali pertama juga ibubapa dan komuniti setempat dijemput untuk membantu program dan aktiviti bersama pihak sekolah. Sebelum ini kalau ada pun mungkin masa Hari Sukan, Hari Kantin dan seumpamanya. Tak pernah dilibatkan semasa sesi PdP. Kali ini pintu sekolah dibuka.

7. Bahkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) KPM ada memberi 12 syor aktiviti menarik untuk minggu pertama antaranya zumba, permainan tradisional, nyanyian, lakonan, dan pelbagai aktiviti menarik lagi.

8. Hal ini satu hal yang penting dan memberi impak besar dalam sistem pendidikan negara kita. Tahniah KPM!

9. KPM kali ini benar-benar mahu mendengar. Slogan Kami Pro Mendengar bukan hanya slogan yang sekadar nak ambil hati. Banyak sungguh perubahan demi perubahan mereka lakukan.

10. Paling penting, KPM mula mengakui adanya kelemahan dalam sistem pendidikan dan mereka sedang perbaiki sedikit demi sedikit.

11. YBM Fadhlina Sidek semakin lama semakin mendapat tempat dihati warga pendidik khususnya. Kepercayaan pada kepimpinan beliau naik mendadak selepas satu demi satu masalah yang menteri pendidikan sebelum ini tak mampu selesaikan dapat beliau selesaikan walau hanya beberapa bulan menjawat jawatan penting ini.

12. Tahniah Kementerian Pendidikan Malaysia, sangat banyak perubahan positif berlaku dalam masa beberapa bulan ini. Saya percaya, KPM berada dalam landasan yang betul untuk terus maju dan gemilang.

Sekian coretan pagi.

BACA: 

Kenapa ada kod ‘K’ dan ‘H’ pada kad pengenalan orang Sarawak? Rupanya ini maksud kod itu

Azmin Ali calon MB Selangor dari PN, Radzi Jidin calon no.2 kalau Azmin kalah