Menteri Besar Kelantan ada gelaran ‘Dato Panglima Perang’, betul ke dulu dia Panglima Perang?

Oleh AHMAD SULAIMAN

Menteri Besar Kelantan ada gelaran ‘Dato Panglima Perang’, betul ke dulu dia Panglima Perang?

Gelaran ‘Dato’ Panglima Perang’: Bukan Suka-suka Guna, Memang Ada Dalam Istiadat & Ini Sejarahnya

Baru-baru ini negeri Kelantan sudah pun melabuhkan tirai Pilihan Raya Negeri (PRN) yang membawa

Menteri Besar Kelantan ada gelaran 'Dato Panglima Perang', betul ke dulu dia Panglima Perang?

kepada keputusan 43:1:1, di mana Perikatan Nasional (PN) mendominasi hampir kesemua posisi.

Justeru, berlakulah ‘peralihan’ tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada yang lama kepada yang baharu secara rasminya.

Namun, satu perubahan besar berlaku dalam landskap kerajaan kali ini apabila Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kelantan beriktikad mahu menampilkan kolaborasi duo ulamak-umarak di peringkat tertinggi kepimpinan.

Ia bermaksud, saf kepimpinan kerajaan Kelantan kini sudah berwajah baharu apabila gandingan ulamak dan teknorat menjadi ‘Imam 1’ dan ‘Imam 2’ dalam hierarki kaderisasi.

Kemuncaknya, barisan kerajaan Kelantan baharu ini menampilkan tokoh agamawan terkenalnya, Dato’ Panglima Perang Datuk Mohd Nassuruddin Daud sebagai Menteri Besar dan figura teknokrat, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan sebagai Timbalan Menteri Besar.

Walau bagaimanapun, salah satu perkara yang menarik perhatian ramai adalah gelaran ‘Dato’ Panglima Perang’ yang disandarkan pada Mohd Nassuruddin.

Wujud juga persoalan daripada sesetengah pihak; adakah gelaran itu memang wujud dalam istiadat rasmi? Atau kerana ia sesuai dengan Mohd Nassuruddin sendiri yang sinonim dengan gelaran ‘Singa PAS’?
.

Dikurnia Dato’ Panglima Perang pada 2019

Pada tahun 2019, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dikurniakan dua darjah kebesaran, iaitu Dato’ Panglima Perang dan ahli kehormat pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.).

Penganugerahan Darjah Kebesaran itu bersempena dengan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V ke-49 tahun.

Nassuruddin yang sebelum ini sinonim dengan gelaran ‘Singa PAS’ merupakan bekas penuntut di Universiti Al-Azhar Mesir juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti sejak 1995.

Selain daripada Nassuruddin, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga dikurniakan darjah kebesaran tersebut susulan sikapnya yang berani dalam memperjuangkan Islam di negeri Kelantan.

Walau bagaimanapun, gelaran darjah kebesaran itu bukan diberi saja-saja namun ia termaktub dalam pengurniaan kehormatan kebesaran.

Setiap negeri mempunyai darjah kebesaran yang tersendiri bagaimanapun, ia bergantung kepada sultan negeri berkenaan kepada siapa yang mereka ingin memberikannya.

Setiap darjah, pingat dan bintang, ia diberikan mengikut pangkat, bidang dan gred penerima. Si penerima, sebagai contoh Darjat Kerabat hanya diterima oleh golongan raja dan kerabat kanan.

Menerusi darjah kebesaran negeri Kelantan, darjah S.J.M.K merupakan darjah ketiga dalam senarai tersebut.

Ia juga adalah darjah kebesaran pangkat pertama dalam senarai Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia.

Bagi mereka yang diberi darjah tersebut, mereka layak untuk dapat gelaran Dato’ untuk lelaki dan Datin bagi perempuan.

BACA: Rupanya tahun 1977 pernah ada nahas pesawat di Elmina buat ramai nak tahu, ini kisahnya