Menteri Agama jangan hanya nampak alim tapi tidak faqih

Menteri Agama jangan hanya nampak alim tapi tidak faqih

Hampir 3 Bulan, Solat jamaah dan Jumaat tidak dibenarkan.. pada aku, jika pemerintah masih memegang pandangan begitu melarang Solat Jamaah.. aku masih boleh terima.. Tetapi mengapa perlu pintu Pagar Masjid ditutup terus..

Apakah tidak ada jalan keluar bagi yang mahu Solat sendirian seperti mana garis panduan majlis Ugama Singapore ? Semalam bila aku bermusafir.. ada urusan dibandar.. Baru aku sedar akan kesulitan untuk Solat bagi yang bertugas.. terutama kelompok Food rider dan Fronliner..

Bukan hanya Masjid..Surau R&R, Surau Pasaraya, Foodcourt dan stesen minyak ditutup terus tanpa ada usaha menyediakan ruang khas di Koridor sekadar izin untuk Solat atau khemah dihalaman masjid.. sekurang kurangnya benarkan org bermusafir dan Solat sendirian..

ما لا يدرك كله لا يترك كله

“Jika tidak dapat dilakukan Semua..jangan Tinggalkan semua(Seluruhnya)

Ya kita hadapai wabak besar.. tetapi biarlah tindakan kita sesuai dengan kondisi Dharuratnya.. Jangan berlebih lebih sampai pintu Pagar Masjid ditutup.. koridor atau halamannya tidak dibenarkan sama sekali htta untuk Solat sendirian.. sepatutnya mereka dapat fikirkan Maslahat melibatkan kelompok ini..

Sebagai Ulama, Mufti hatta Menteri Agama berpada pada lah buat sekatan.. menutup pintu masjid..sesuai dengan perembangan kesan jangkitan yang menurun dari 1% kepada 0.3% dalam komuniti… Kaedah Fiqh ada menyebut..

الضَّرُوْرَةُ تُقَدَّرُ بِقَدَرِهَا

“Darurat dihitung sesuai kadarnya.”

لا يُنْكَرُ تغيّرُ الأحكامِ بتغيُّرِ الأزمانِ..

” Tidak diingkari berlakunya perubahan hukum disebabkan perubahan masa.”

Memang lah.. Bila kita Jadi Mufti.. nampak hebat.. nampak Alim.. tetapi bila jadi pemimpin.. kita gagal mengadaptasi , mencari solusi merujuk kaedah Fiqh dan maslahat…. boleh jadi kita Alim menukilkan pandangan dari Kitab2 Ulama’.. atau dari Pandangan2 Ulama..tetapi gagal bila kita sendiri berhadapan realiti..apalagi menyentuh soal ijtihad..

sehinggakan tak tahu beza zon Hijau dan merah.. Hukumnya dibuat tanpa melihat situasi dan reality.. Lihat saja ketika mana diaplikasikan Nikah Online.. Apa logik pengantin Lelaki tidak dibenarkan hadir walaupun jarak dengan pengantin perempuan hanya 5 KM, dan Menteri Agama , Pengarah JAWI dan wartawan berkumpul dirumah pengantin Perempuan..

Jelas Menteri sendiri tak faham keperluan Nikah online tersebut..dalam waktu yang sama boleh berkumpul dengan ahli Hadis tanpa jarak Sosial..Begitu juga terjadi ketika Kebenaran Solat Jumaat.. Imam dan Jamaah duduk dalam jarak Selamat, tetapi puluhan wartawan duduk berhimpit didepan dewan Solat..jadi mana prinsip asas Maqasidnya ? sudah tidak terpakai..

.tetapi Tu lah beza antara Alim dan faqih.. Sepertimana kata Ulama’ membezakan kelompok Fuqaha dengan Ulama hadis..

يَا مَعْشَرَ الفُقَهَاء أَنْتُمْ الأَطِبَّاء وَنَحْنُ الصَّيَادِلَة

” Wahai para fuqaha, kalian adalah para doktor dan kami merupakan ahli farmasi. ”

Ahli farmasi mungkin pakar dan menghafal beribu jenis Ubat(Hadis)..tetapi Doktor Pakarlah yang akan menentukan kondisi, Situasi, dan jenis Ubat yg sesuai dengan kadarnya… Sudah pasti jika Ubat itu ubat terbaik sekalipun..Jika digunakan bukan pada kondisi yang tepat..ia akan menjadi racun bagi pesakit..

begitulah beza antara Fuqaha dan Ahli hadis.. Tu sebab kebanyakan Ahli Hadis..pandangan depa dalam hal Politik..Muamalah semuanya kelaut.. akhirnya pandangan mereka merosakkan Manusia(muslim)…

Antara Sebab Nabi menolak dan menegur Abu Dzar Al-Ghifari untuk diberikan jawatan, walaupun hakikatnya Abu Dzar itu seorang yang Alim… kerana asas prinsip kepimpinan itu ” Al Qawwi Al Amin”

Apabila dia tampil bertemu dengan Nabi ﷺ meminta agar diberikan jawatan pemimpin, apa jawapan Nabi ?

يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيْفٌ , وَ إِنَّهَا أَمَانَةٌ , وَ إِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَ نَدَامَةٌ, إلاَّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا , وَ أَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيْهَا

“Wahai Abu Dzar, sesungguhnya engkau lemah, sementara ia (kepimpinan) adalah amanah. Dan sesungguhnya pada Hari Kiamat ia akan menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali orang yang mengambil dengan haknya dan menunaikan apa yang seharusnya ia tunaikan dalam kepemimpinan tersebut.”

(Riwayat Muslim)

Jadi bila Ada Mufti atau Ulama gagal menjadi pemimpin.. sebenarnya, nabi telah mengingatkan lama dah akan hal ini… 🙂

Sumber: