Menteri Agama bertindak terlalu perlahan dalam perjuangkan isu umat Islam

Menteri Agama bertindak terlalu perlahan dalam perjuangkan isu umat Islam

Kepada Senator Datuk Seri Dr Zulkipli Mohammad Al Bakri , Menteri agama, kerajaan Pengkhianat PN.

Setiap apa yg ambo tulis, hanya pandangan marhaen, ambo jahil, tidak faham bab agama yg dalam2. Ambo org awam yg mengharapkan pembelaan.

Datuk Seri menteri agama,

Ilmu tidak semata2 diukur kpd byknya jumlah buku karangan tuan sebelum ini. Tuan skrg berada di lapangan, di mana semua pandangan tuan boleh direalitikan. Biarlah tuan kelihatan berusaha sedikit membela agama islam. Jgn dilihat terlalu perlahan rentaknya.
Tuan memperjudikan wajah islam. Membuka byk persoalan ttg keadilan dlm islam.Apakah islam bukan penyelesaian? Di mana penyelesaiannya, jika proses utk membuka masjid masih terkontang kanting hingga ke detik 10hb Mei 2020, setelah entah brapa fasa PKP, Skrg sudah bertukar kpd PKPB. Tidak cukup kah syarat masjid2 sebagai rumah Allah, utk kembali dibuka kpd ummah?

Pada saat rakyat seperti anak ayam hilang ibu, Masjid adalah tempat paling aman utk duduk merenung diri.. Apakah salah kalau Tuan tunjukkan lebih usaha agar rakyat tdak kebingungan begini?

Datuk Seri,
Jgn memandang org pergi pajak gadai dgn pandangam positive. Jgn mengucapkan tahniah kpd Yapiem dlm situasi org susah sdg kelaparan. Itu bukan kejayaan. Itu satu penghinaan kpd institusi agama yg tuan wakili.

Tuan kena menjadi suara kpd rakyat. Tuan memberi tahniah kpd Yapiem. Yapiem di bawah siapa Tuan? Memberi Tahniah kpd diri sendiri tu namanya. Apakah Tuan berbangga dgn keadaan negara skrg?

Datuk menteri,
Berceramah di Tv, sgt baik.Sgt memberi manafaat.. Tetapi tuan yg bijakpandai, maafkan ambo nak menegur. Tuan skrg pembuat dasar. Tuan skrg memegang portfolio tertinggi agama. Bab ceramah, bukan lagi keutamaan. Bagi pd org lain pun tidak menjadi salah. Kalau pun tuan mahu jugak masuk tv berceramah, tuan tidak boleh meninggalkan tugas utama tuan sebagai menteri agama. Lihat la apa yg berlaku..buat la sesuatu. Zaman skrg, zaman org miskin tidak lagi sabar dan kuat iman. Zaman skrg bukan zaman org kaya beriman, yg turun ke ceruk2 ke seluruh pelusuk negara membela agama.

Itu tugas tuan sbg Datuk menteri agama.

Datuk Menteri agama,

Kalau perlu menjadi suara yg tunggal membela islam dlm kerajaan PN, lakukanlah tuan. Itu lebih bermaruah. Lebih menepati dgn gelar.

Jgn jadi seperti Pak Pandir, anak mati dikuburkan gulungan tikar, anak jatuh tidak sedar, dalam hati berpuas hati, bukan anak aku saja yg mati.😔

Sekian.
Ambo yg tidak punya gelar.
Ticer Nojah Fendi

Sumber:

COMMENTS