Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca.Namaku Tulip, seorang wanita, ibu dan isteri.Umurku lingkungan 30an dan mempunyai 4 orang anak. 3 lelaki dan 1 perempuan.
Kehidupanku biasa biasa saja di Selatan Tanah Air. Mewah tetapi hidup ala kadar. Cukup setakat itu pengenalan tentang diriku.
Aku seorang ibu yang berkerjaya, menguruskan semua tentang anak anak daripada tempat belajar sehinggalah makan, pakai dah sebagainya.
Kebanyakan hampir 90% tentang anak anak, aku yang atur. Suamiku? Terlalu sibuk dengan perniagaan beliau. Namun aku tak kisah, kerana memang itu mahuku.
Anak anakku bersekolah di sekolah kerajaan yang biasa biasa saja tetapi selayaknya masuk banyak jenis pertandingan termasuklah sukan di padang ataupun persembahan di pentas.
Anak anakku juga terlibat dalam banyak pertandingan yang diadakan di sekolah termasuk olahraga.
Aku dah lama perasan, di dalam kelas anak aku, ramai anak cikgu. Kenapa? Sebab kelas anak aku adalah kelas teratas berbanding 3 kelas kelas yang lain.
Anak anak aku kesemuanya dapat kelas yang teratas, Alhamdulillah dapat juga masuk walaupun terpaksa melalui peperiksaan terlebih dahulu dan kami tidak menggunakan sebarang kabel.
Apa yang pelik di sini, satu ketidakadilan bila ada anak cikgu yang tidak layak turut dimasukkan?
Macam mana aku tahu? Anak itu sendiri yang menceritakan pada anakku. Korang rasa adilkah? Tak rasa seperti ambil hak orang lain ke?
Kenapa aku ceritakan tentang pertandingan tadi? Ye betul, kebanyakannya yang dapat masuk pertandingan juga anak cikgu. Wakil sekolah juga anak cikgu.
Seolah olah tidak mahu berikan peluang pada pelajar lain. Macam dah tiada pelajar lain di sekolah itu. Asyik asyik muka yang sama. Menangnya tidak.
Bagaimana pula dengan perlawanan di padang? Ye, juga anak cikgu yang ramai. Malahan, pemilihan keperingkat MSSD, MSSN dan MSSM juga ada anak cikgu.
Maaf cakap ye, kami lihat, anak cikgu tu memang tak layak.
Tapi, dia anak cikgu, kan? Lagi lagi sekarang, markah PAJSK amat penting untuk masuk ke asrama. Lagilah mereka berebut masukkan anak masing masing. Tak malu ke?
Maaf ye, saya bukan cemburu. Tujuan saya buat luahan di sini agar, tolonglah cikgu cikgu di luar sana, bersikaplah adil pada anak anak.
Bukan saja pada anak murid, tapi juga pada anak sendiri.
Perlukah memaksa mereka membuat perkara yang mereka tidak suka. Anak anak yang nak membesar, tugas kita memang mencorak. Tapi bentuk corakan bukan juga kita tentukan.
Fikirkanlah wahai cikgu cikgu di luar sana, jangan menggunakan kelebihan yang anda ada sebagai batu loncatan untuk kesenangan anak anak.
Berlakulah adil. Bukankah itu sepatutnya yang ditunjukkan oleh para guru di luar sana?
Jangan kerana hanya segelintir cikgu bertindak begitu, semua cikgu dipandang tidak jujur melaksanakan amanah.
Beringatlah, Allah tidak tidur, dari saya yang anaknya juga sepatutnya layak ke MSSN turut tersingkir kerana anak cikgu. Terima kasih.
Reaksi Warganet
Azizah Atan –
Saya bekas guru. Dulu dulu anak anak sering mengadu kepada ayah mereka. Kat sekolah, mama lebih sayang anak orang lain daripada anak sendiri. Hehe
Azimah Hj Yahya –
Saya seorg cikgu, dah nak hampir ke garisan penamat pun dalam beberapa bulan lagi (bersara).
Beberapa sek yang saya berkhidmat sejak 33 tahun ni, takde pulak saya jumpa isu seperti yang TT luahkan ni.
Kami cikgu cikgu mesti pilih murid yang paling layak untuk mewakili sekolah, sebab kami pun nak sek kami menang dan harumkan nama sekolah.
Kami berlumba lumba untuk tingkatkan rangking sekolah, berlumba dengan sekolah sekolah dalam kelompok yang sama.
Kalau anak cikgu cikgu yang terpilih itu sebab dia memang layak.
Nor Fariza Ramli –
Aku pernah kena dah masa darjah 6.
Mula mula aku terpilih wakil sekolah, dah berlatih berhari hari, siap dah hafal lirik.
Sekali… aku disingkirkan tanpa sebab bila ustazah sorang ni datang bawa beberapa orang murid yang antaranya anak cikgu di situ.
Dan sampai sekarang bila ingat, memang aku nak marah. Dendam? Ya, mungkin aku berdendam.
Jadi, bila aku jadi cikgu, aku memang dah plan dari awal, anak anak aku takkan bersekolah sama dengan aku atau suamiku. Bimbang aku terbuat perkara seperti yg ustazah tu buat dulu pada aku!
MrsShariff MrNina –
Jadi anak cikgu berat tau bebanannya. Selalu kene lakukan yang tbaik dari semua segi.
Sebab kita anak cikgu, Kene jadi yang terbaik, Contoh yang baik. Selalu orang anggap anak cikgu kene pandai. Tu kite buat sehabis baik. Tak dari akedemik dari segi lain.
Mak ayah kita kalau cikgu, takde nye menangkan anak. Dia lebih sayangkan anak orang lain dari anak sendiri.
Percaya lah. Kalau tak layak tak pandai, dia tak ambik punya. Katenye buat malu dia je.. lebih baik takyah masuk.. #bekasanakcikgu
Farihah Ahmad –
Sekolah anak saya pulak memang kebanyakan anak anak guru jugak yang selalu join pertandingan mewakili sekolah.
Pada awalnya saya tak perasan jugak tapi 1 hari tu mak mak kawan anak saya ni yang duk bagitau.
Bila tengok balik memang betul lah anak anak cikgu je selalu terpilih. Tapi pilihan saya waktu tu, saya cari sendiri pertandingan untuk anak saya join.
Banyak pertandingan luar yang anak saya join yang bukan melalui sekolah. Saya sendiri yang record dan edit video anak saya dan hantar kepada penganjur.
Time PKP barulah cikgu banyak buka penyertaan untuk pelajar join secara penghantaran video.
Waktu tu memang anak saya pulun masuk pertandingan macam macam anjuran sekolah.
Alhamdulillah PAJSK dia tahun lepas dapat A. Memang tak dinafikan ada guru guru yang obses untuk ketengahkan anak mereka hingga menutup peluang anak anak murid lain yang mungkin lebih layak tapi ada jugak memang buat pemilihan melalui audition..
Deela Azahar –
Tak boleh nak setuju sebab selalu pilih murid yang menonjol tak kira la anak siapa.
Tapi….jeng jeng jeng.. Tapi kadang ada pertandingan yang nak segera. Hari ni dapat surat suruh hantar murid/penyertaan esok atau lusa.
Makanya anak anak cikgu la bakal dipilih sebab nak minta tolong cikgu tersebut latih anak dia dekat rumah nanti.
Begitu la setakat pemerhatian saya.
BACA: Pengemis warga asing raih pendapatan RM10000 setiap bulan dengan hanya mengemis