Menitis air mata Shuib dengar peserta The Masked Singer nyanyi lagu arwah isteri

Oleh INFORAKYAT

Menitis air mata Shuib dengar peserta The Masked Singer nyanyi lagu arwah isteri. Rancangan The Masked Singer Malaysia (TMSMY) sudah pun beberapa minggu bersiaran buat musim terbaharunya. Siapakah di sebalik topeng? Para juri perlu meneka siapakah peserta di sebalik topeng berdasarkan klue yang diberikan.

Minggu ini antara persembahan yang berjaya mencuri perhatian ramai adalah peserta yang menggelarkan dirinya ‘Beta Fish’. Persembahannya menerusi lagu Siti Sarah berjudul Saat Hilang Cintamu telah membuatkan Shuib dan juri lain sebak.

Umum sedia tahu pemergian Allahyarhamah Siti Sarah yang juga isteri kepada Shuib memberikan kesan mendalam kepada rakyat Malaysia. Shuib yang juga juri pada malam itu terlihat tunduk sayu.

Malah seorang pengguna TikTok turut memuat naik segmen komen juri selepas persembahan Beta Fish berkenaan. Berikut adalah rakaman tersebut:

Menitis air mata Shuib dengar peserta The Masked Singer nyanyi lagu arwah isteri

Menerusi komen Misha Omar, penyanyi ini berkata seperti berikut:

“Terima kasih kerana menyanyikan lagu sahabat saya, Allahyarhamah Siti Sarah. I can tell that you pun susah nak nyanyi lagu ni. Sebab allahyarhamah ni bila dia nyanyi lagu sedih, orang gembira pun boleh sedih terbawa dalam alunan suara dia.

Tapi Beta berjaya melakukannya.Saya pun sedih juga tadi. Saya rasa saya tahu siapa pemilik suara ini. Saya rasa Ayu Damit.”

Manakala Kak Lina Pompom seakan sukar untuk meneka dengan riak wajah yang sangat sedih. Ditambah pula bila AC Mizal memberitahu seakan terbayang wajah Siti Sarah di atas pentas ini.

Di ruangan komen, bukan sahaja Shuib dan juri lain sebak malah rata-rata warganet turut akui terkesan emosi mendengarkan peserta kali ini menyanyikan lagi tersebut. Berikut antaranya:

“Main jiwa betul ye pilih lagu ni..Kak Lina Pompom sampai tak terkata. Shuib lagi la”

@harrizaishiteru Sayu n sedih…alfatihah buat arwah siti sarah #themaskedsingermalaysia #siapadisebaliktopeng #episod3 #hiburan #hiburantiktok #capcut #fyp #tiktok #tiktoker #lovee ♬ bunyi asal – Rizzky 🤲

BACA:

Ini kehidupan terkini Datuk Shake selepas 22 tahun bawa diri

Petua goreng ikan elak melekat di kuali, ahli kimia kongsi tips ini