Menggigil dengar irama serunai, pengantin buka langkah silat tiba-tiba terjatuh

Menggigil dengar irama serunai pengantin buka langkah silat tiba tiba terjatuh

Menggigil dengar irama serunai, pengantin buka langkah silat tiba-tiba terjatuh. Sebelum melangkah naik ke pelamin atau menuju ke khemah makan beradab, pasangan pengantin biasanya akan duduk sebentar di tengah jalan untuk disajikan persembahan silat. Selalunya ahli keluarga akan tampil buka langkah, saat ini tetamu juga pastinya takjub melihat 1001 pergerakan yang sungguh tangkas di hadapan mata mereka.

Pengantin lelaki tak keruan lepas dengar irama serunai & gendang silat

Namun bagi sebuah majlis kahwin ini, ia bertukar kecoh bermula dengan pengantin lelaki yang menggerakkan kaki sebelah kanannya secara laju. Makin lama dia mendengar irama serunai dan gendang pendekar tersebut, pergerakan lututnya semakin kencang sebelum tiba-tiba meloncat dengan bukaan langkah persilatan.

Sempat bersilat persis pendekar sebelum rebah ke tanah

Bukan sahaja isteri di sebelah yang terkejut, malahan jemputan lain juga terlihat cuba menenangkan keadaan. Sepatutnya menjadi persembahan silat biasa-biasa saja, namun ia malah bertukar seperti medan pertarungan sebenar yang sungguh tegang. Tidak lama kemudian, mempelai berbaju Melayu itu terus rebah ke atas tanah.

Menggigil dengar irama serunai, pengantin buka langkah silat tiba-tiba terjatuh

Ini irama warisan silat, memanglah panas bila dengar bunyi tu…Nasib tak kemek kepala brader tu kena siku

Meraih ratusan ribu jumlah tontonan sejak dikongsikan semalam, ramai yang tertanya-tanya apakah punca sebenar Raja Sehari itu bertindak sebegitu rupa. Namun bagi pengamal silat sendiri, mereka tidak ketinggalan berkongsikan pengalaman pernah alami hal sama di mana semangat tiba-tiba ‘membara’ tatkala mendengar Gendang Silat.

@lisyanady._darah pendekar♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir

BACA:

Shila Amzah dan Amir Masdi sedang dilamun cinta?

Wanita ni dedah sebab sebenar orang kaya nak jual rumah besar mereka

Dah dapat perantisiswa, pelajar ni jual semula nak upgrade ke Ipad dikecam

CATEGORIES