Seorang atlet Sukan Olimpik dilihat muntah teruk di kaca televisyen selepas terpaksa menyelam di dalam Sungai Seine, lapor laman berita TMZ semalam.
Peserta triatlon dari Kanada, Tyler Mislawchuk, baru sahaja melintasi garisan penamat selepas berenang
Hampir 1.6 kilometer di Sungai Seine yang merentasi kota Paris apabila insiden itu berlaku.
Selama lebih 100 tahun, berenang di dalam Sungai Seine adalah dilarang kerana orang ramai berisiko dijangkiti penyakit
jika tertelan air sungai yang tercemar dan mengandungi kandungan tinggi bakteria berbahaya, E.coli.
Namun, apabila Perancis menjadi tuan rumah Sukan Olimpik buat kali pertama dalam tempoh 100 tahun, atlet-atlet yang mengambil bahagian dalam acara renang maraton dan triatlon dibenarkan berenang di dalam sungai tersebut.
“Saya tidak menyesal walaupun saya muntah sebanyak 10 kali,” kata Mislawchuk.
Dia merupakan antara beberapa atlet yang mengalami detik sukar selepas menamatkan acara triatlon termasuk berenang 1.5 kilometer, berbasikal 40 kilometer dan berlari 10 kilometer.
Sungai Seine gagal dalam beberapa ujian kebersihan yang dilakukan menjelang Sukan Olimpik.
Pentadbiran tempatan sebelum ini membelanjakan kira-kira AS$1.5 bilion (RM4.5 bilion) untuk menjadikan air Sungai Seine selamat semasa melakukan persiapan untuk temasya sukan terbesar di dunia tersebut.
BACA: “Apa dia ingat RM400 tu besar sangat ke? saya dan suami nekad halau anak menantu keluar rumah”