Mengamuk dalam mesyuarat, Anwar Ibrahim minta maaf dengan jemaah menteri

Oleh DAHLIA MARZUKI

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memohon maaf kepada Jemaah Menteri hari ini atas tindakannya meluahkan kemarahan

Dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) yang berlangsung kelmarin.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, menyatakan bahawa Perdana Menteri berasa

Penggunaan bahasa Inggeris yang digunakannya semasa meluahkan kemarahan tersebut sangat bertentangan dengan perwatakannya.

“Perdana Menteri hari ini memohon maaf kepada semua yang hadir.

Mengamuk dalam mesyuarat, Anwar Ibrahim minta maaf dengan jemaah menteri

Beliau menjelaskan alasan permohonan maaf itu kerana berasakan bahasa yang digunakan adalah ‘very out of character’ (sangat di luar perwatakan).

“Beliau berang kerana kedua-dua inisiatif utama, iaitu MyDigital ID dan projek rangkaian kedua 5G, tidak bergerak pantas seperti yang diharapkan,” kata Fahmi pada sidang media mingguan Kabinet hari ini.

Fahmi juga memaklumkan bahawa Anwar telah memohon maaf dalam perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan semalam dan sekali lagi dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengakui rasa kecewa dengan kelewatan pelaksanaan projek MyDigital ID dan rangkaian kedua 5G.

Menurut beliau, MyDigital ID mengalami kelewatan setahun, manakala projek rangkaian kedua 5G masih tergendala akibat kurangnya maklum balas positif daripada Digital Nasional Bhd (DNB) dan syarikat telekomunikasi.

Antara menteri yang hadir dalam mesyuarat MED4IRN ialah Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Komunikasi dan Digital Gobind Singh Deo, serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Turut serta ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, serta Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Sementara itu, mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah, dan Tubir Selatan, Fahmi menjelaskan laporan itu telah diedarkan kepada Ahli Parlimen dan dimaklumkan dalam Mesyuarat Kabinet.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, memaklumkan laporan itu akan dibentangkan untuk perbahasan di Parlimen minggu depan, kemungkinan pada Rabu atau Khamis,” katanya.

BACA: Ustaz Don ajar cara mangsa keganasan rumah tangga untuk lari suami naik tangan