Member lelaki bawa ‘hanger’ ligan ingatkan rakan solat raih perhatian

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Tular di media sosial memaparkan gelagat seorang pelajar lelaki bawa penyangkut baju

Tujuannya untuk memperingati rakan-rakannya untuk solat telah berjaya tarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dapat dilihat pelajar lelaki

Dikenali sebagai Faizul Amri terbabit menyuruh rakannya yang terbaring di katil untuk mengerjakan ibadah wajib tersebut.

Dalam perkongsian tersebut, Faizul memberi nasihat kepada rakannya untuk menunaikan solat demi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat dalam nada tegas.

Pelajar lelaki bawa ‘hanger’ ligan ingatkan rakan solat raih perhatian

Bagusnya ada kawan macam ni

@_________tu1 INGAT GUYS BERJAYA CAMNE PUN SOLAT kalau tak kene sebat👍#fyp #trendiing ♬ original sound – Didi and friends


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga dengan sikap positif yang ditonjolkan Faizul dalam membimbing rakan-rakannya untuk jangan leka dengan urusan dunia sehingga melupakan perkara wajib.

Setiap manusia kena mainkan peranan masing-masing

Dalam pada itu, ramai berharap akan lebih ramai lagi generasi muda memainkan peranan seperti Faizul dalam memberikan contoh yang baik kepada orang lain.

BACA:  Ramai salah bancuh, ini rahsia buat teh tarik kaw! Confirm kalah kedai mamak