Memaafkan kesalahan awam atas alasan kepentingan bersama adalah sifat yang keji

Memaafkan kesalahan awam atas alasan kepentingan bersama adalah sifat yang keji

Maaf atau afw dalam bahasa Arab adalah salah satu sifat mahmudah (terpuji).

Manakala dendam kesumat atau khusumah dalam bahasa Arab adalah salah satu sifat mazmumah (terkeji).

Baginda ar Rasul SAW sentiasa menjadi pemaaf walaupun adakalanya baginda ‘menyimpan’ sesuatu seperti kisah maafnya baginda terhadap Wahsy – kisah lanjut kena baca la -.

Baginda juga tidak pernah berdendam, hatta saat punya kuasa. Ketika pembukaan Kota Makkah, baginda bertanya kepada penduduk Makkah – yang pernah menyakiti baginda dan para sahabat – ماذا تظنون أني فاعل بكم , apakah yang kalian jangkakan saya perlakukan kepada kalian, saat penduduk masih tercari² ungkapan ‘bodek’, baginda berkata إذهبوا فأنتم الطلقاء ‘pergilah kalian, sesungguhnya kalian dibebaskan’.

Namun, sifat pemaaf juga kalangkala ada dampak nagetifnya, memaafkan ‘kesalahan awam’ dengan bermodalkan ‘kepentingan’ bersama adalah sifat yang keji.

Kerana andalah puncanya, dan atas nama ‘kesalahan awam’ anda tarik ramai orang untuk ‘bertentangan’, tapi apabila ada ‘kepentingan’ bersama anda dan dia, anda pun sanggup melupakan [kononnya] persengketaan ramai yang berpunca dari ‘kesalahan awam’ yang anda dedahkan ! (Anda dalam perenggan ini boleh juga dibaca Muhyiddin). Ini adalah MAAF yang berkepentingan dan sudah barang pasti ianya sifat Mazmumah !

Adapun dendam tidak ada ruang ‘positif’nya, namun ia ada tingkatan/maratib yang banyak. Sekeji² dendam adalah yang melahirkan hukum yang sangat dahsyat kepada lawan anda, kerana kesumat anda sanggup maki, hamun bahkan anda munafikkan atau kafirkan musuh anda, walaupun pada ketika yang lain anda jadi seorang yang memaafkan sehingga melupakan semua kata nista anda dan dia kerana anda berkongsi ‘kepentingan’. (Anda dalam perenggan ini boleh juga dibaca UHAHA).

Pemaaf dan pendendam instant adalah para politikus !

Untuk kekalkan MAAF sebagai sifat mahmudah, marilah kita bermaafan dengan adil dan hak.

Adapun dendam, usahakan untuk tidak melakarkan kehidupan dengan dendam. Marahlah kalau perlu berbekalkan Keadilan dan taqwa.

Dari Mihrab Iktikaf
Uzlah ‘perdana’ PKP

Sumber:

COMMENTS