Melampau in character, doktor risau dma Islam ada masalah mental

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Seorang doktor perubatan, Dr. Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin menyarankan ‘influencer’ yang dikenali sebagai dma Islam untuk menjalani pemeriksaan mental.

Khairul Hafidz, yang juga Pengerusi MedTweetMY, menyatakan cadangan tersebut susulan kepada kandungan yang dimuat naik oleh dma Islam

Atau nama sebenarnya Danial Mirza, yang dikhuatiri boleh memberi kesan negatif kepada golongan muda.

Melampau in character, doktor risau dma Islam ada masalah mental

“Ramai yang kata kamu troll atau ‘in character’ (menjiwai watak) tapi saya bimbang ada sesuatu yang lain.

“Kamu adalah orang yang berpengaruh dan ramai anak muda yang percaya dengan apa yang kamu kata, jadi saya bimbang dengan perkataan yang keluar dari mulut kamu,” katanya di Twitter, kelmarin.

Tambah Khairul Hafiz, harapannya ialah supaya pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu dapat melakukan pemeriksaan dengan segera.

“Jika tiada apa-apa, tunjukkan bukti ini kepada semua kamu telah diperiksa oleh doktor pakar. Jadi masa itu, barulah saya yakin kamu sedang troll,” jelasnya.

Nama dma Islam mula dikenali sejak kebelakangan ini dan berjaya menraih perhatian melalui video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya.

Pengaruh terkenal ini sering menggunakan perkataan ‘bocah’ (keanak-anakan) dalam kandungan motivasinya sebelum melibatkan diri dalam pembangunan diri.

Walaupun dma Islam mendakwa kandungannya melebihi tahap pemikiran biasa, ramai masih meragui tentang personaliti dan watak yang ditonjolkannya.

Baca: Akhirnya terjawab kenapa penjawat awam pengambilan baharu tidak berpencen ramai nak tahu