Siapa sangka dalam negara yang menjunjung perkara 160 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan, kita mempunyai Moslem Priest.
Moslem Priest, atau terjemahan literalnya adalah Paderi Muslim, merupakan gelaran yang dipegang oleh seorang penyanyi.
Penyanyi tersebut adalah seorang lelaki Melayu yang dipercayai masih mengamalkan Perkara 3 (1), iaitu Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
Nama asal Moslem Priest adalah Farhan Yassin Mahiaddin, dan berdasarkan sumber terbuka seperti Google,
Beliau adalah anak kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia.
Mengulas tentang hukum bagi seorang rakyat Malaysia berdasarkan perkara 160 (2) berkaitan dengan Melayu dan perkara 3 (1) berkaitan dengan Islam, terdapat isu serius yang perlu diberi perhatian.
Menurut Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor, kepada media, penggunaan perkataan ‘Priest’ atau ‘Paderi’ bagi umat Islam (jika beliau seorang Muslim) boleh dianggap syubhah.
Walaupun pada asasnya tindakan sedemikian boleh dianggap syubhah, keadaan boleh menjadi lebih serius apabila ia membawa kepada hukum haram.
“Gelaran seperti priest boleh disalah anggap kerana ia biasanya merujuk kepada pembesar dalam agama lain. Dalam Islam, tiada istilah paderi atau priest; yang ada adalah haji atau ulama jika seseorang itu memiliki ilmu,” tambahnya.
Pandangan serupa turut dikongsi oleh Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad, yang berpendapat seseorang yang mengaku Islam tidak boleh terlibat dalam perkara berkaitan agama lain.
Misalnya, kata Mohamad Shukri, seseorang yang mengenakan pakaian kuning sehingga boleh dianggap menyerupai sami Buddha adalah salah.
“Memang salahlah kerana melakukan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama lain,” ujarnya.
Beliau juga mempersoalkan tujuan di sebalik penggunaan nama tersebut, sama ada ia sekadar untuk bersuka-suka atau berbangga dengan gelaran itu.
“Jika dia berbangga dengan agama tersebut, memang dilarang dalam Islam,” tegasnya.
Moslem Priest menerima pujian tinggi daripada penggemar muzik luar negara, kerana walaupun membawa genre muzik tarian elektronik (grime), techno, dan hip-hop di kelab malam, beliau tetap ‘zuhud’ dengan memakai songkok dan berbaju hitam sebagai identiti diri sejak dahulu, kini, dan selamanya.
BACA: Rumah tiada pemadam api? Abang Bomba ajar padam api guna sabun pinggan je