Media Sosial Jasmin Hamid diserang komen lucah selepas kena sakit jantung

Media Sosial Jasmin Hamid diserang komen lucah selepas kena sakit jantung

Media Sosial Jasmin Hamid diserang komen lucah selepas kena sakit jantung. Suami pelakon Jasmin Hamid menggesa supaya netizen berhenti melemparkan komen lucah dan buruk terhadap isterinya yang kini sedang dirawat di hospital akibat serangan jantung.

Nazmir Abd Rahim, 36, berkata, beliau khuathir Jasmin, 48 akan bertambah sakit sekiranya pelakon itu membaca komen-komen yang dilemparkan kepada mereka berdua di media sosial.

Menggunakan Facebook isterinya bagi menyampaikan pesanan itu, Nazmir menegaskan beliau menikahi Jasmin yang tua 10 tahun daripada dirinya kerana Allah.

Serentak itu beliau meminta netizen yang tidak suka kepada dirinya dan Jasmin untuk mengabaikan mereka.

“Saya nikahi Jasmin kerana Allah. Terima kasih pada kalian yang bercakap buruk tentang saya dan isteri saya yang masih lagi di wad CCU kerana serangan jantung.

Media Sosial Jasmin Hamid diserang komen lucah selepas kena sakit jantung

“Saya mohon hentikan komen-komen sebegini sebab takut bila Jasmin terbaca akan bertambah sakitnya. Kalau tak suka kami, abaikan kami,” rayu Nazmir.

Dalam hantaran tersebut beliau turut berkongsi tangkap layar komen-komen berunsur lucah yang dilemparkan terhadap dirinya dan Jasmin.

Tanpa bersimpati terhadap penyakit yang dihadapi Jasmin, ada yang secara kurang ajar berkata, Jasmin mendapat serangan jantung kerana pelakon itu berkahwin dengan suami yang lebih muda.

“Suami pun tenang-tenang jangan macam kuda. Kan dah masuk hospital,” kata satu komen.

Satu komen lagi menyatakan:“Akibat suami muda kesian Jasmin”.

Aktres tersebut dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Sungai Buluh akibat serangan jantung, pukul 2 pagi pada 1 Jun lalu.

Nazmir mengesahkan keadaan Jasmin semakin baik dan bukannya kritikal seperti yang tular.

Beliau menyangkal isterinya rebah dan tidak sedarkan diri sebaliknya Jasmin masih mampu bercakap dan boleh berjalan sendiri ketika dibawa ke hospital.

“Isteri dimasukkan ke wad CCU kerana doktor ingin memantau keadaan jantung. Keadaannya kini stabil selepas doktor memberikan ubat pencair darah.

“Sebelum ini, isteri tidak mempunyai sejarah penyakit jantung. Semalam, isteri mengadu dada seperti dihimpit dan tangannya tiba-tiba kejang.

“Rahang pula kebas dan menghadapi kesukaran untuk bernafas. Pada mulanya isteri menyangka hanya sakit perut kerana baru pulih cirit birit,” katanya.

Nazmir merupakan pengurus kepada Jasmin dan menikahi pelakon itu pada November tahun lalu. Sebelum itu Nazmir merupakan pembantu peribadi Jasmin selama lapan tahun.

BACA:

Cuti sekolah : Trafik di Plaza Tol mulai sesak

Shiha luah perasaan selepas nama “zikir” jadi bahan lawak

Jawatan kosong di Proton, gaji sehingga RM6,000

CATEGORIES