McDonald’s Amerika rugi? Tutup semua pejabat! Ini punca sebenar

Oleh INFORAKYAT

McDonald’s Amerika rugi? Tutup semua pejabat! Ini punca sebenar.

Gergasi makanan segera dunia, McDonald’s akan menutup sementara semua pejabatnya di Amerika Syarikat minggu

ini ketika ia bersedia untuk memaklumkan tentang pemberhentian kepada pekerjanya.

McDonald's Amerika rugi? Tutup semua pejabat! Ini punca sebenar

Langkah itu dikatakan sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula syarikat yang lebih luas.

 

McDonald’s telah mengarahkan para pekerjanya di AS dan beberapa kakitangan antarabangsa untuk bekerja dari rumah mulai Isnin hingga Rabu melalui e-mel pada minggu lalu.

Dalam makluman tersebut juga, syarikat itu meminta pekerja untuk membatalkan semua pertemuan secara peribadi dengan vendor dan pihak luar lain di ibu pejabatnya.

Menurut mesej itu lagi, McDonald’s mengatakan ia akan menyampaikan keputusan penting yang berkaitan dengan peranan dan tahap kakitangan di seluruh organisasi.

Pun begitu, ia enggan mengulas mengenai jumlah pekerja yang akan diberhentikan.

Terdahulu pada bulan Januari, rangkaian terbesar makanan segera itu berkata ia terpaksa membuat keputusan sukar tentang perubahan kepada kakitangan korporatnya menjelang April.

Setakat Februari, McDonald’s telah menggaji lebih 150,000 orang di seluruh dunia dalam peranan korporat dan restoran miliknya, dengan 70% daripada mereka terletak di luar AS.

BACA:

Pelakon wanita terkenal dedah pengalaman lakon aksi ranjang sekali lain pula yang jadi

Rupanya pengasas Utusan ialah Presiden Singapura yang pertama, ini cara beliau naik jadi Presiden