MB Selangor umum pakej bantu rakyat hadapi PKP 2.0

MB Selangor umum pakej bantu rakyat hadapi PKP 2.0

Kerajaan Negeri hari ini mengumumkan Pakej Kita Selangor bagi meringankan beban rakyat melalui pelbagai inisiatif khas untuk mendepani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Pelan dengan implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta antara lain menggiatkan usaha memerangi wabak Covid-19 dan merangsang ekonomi negeri termasuk pemberian bantuan kepada golongan terjejas.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari juga mahu menyegerakan inisiatif dan program khusus dalam Belanjawan Selangor 2021. –SK