MB Selangor bertemu Menteri Kesihatan, bukan Azmin – ADUN Tanjung Sepat

MB Selangor bertemu Menteri Kesihatan, bukan Azmin – ADUN Tanjung Sepat

Satu mesyuarat di antara YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dengan YB Menteri Kesihatan Dr Adham Baba telah diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri YB Dr Siti Mariah Mahmud selaku EXCO Kesihatan Selangor, kakitangan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri.

Perbincangan adalah berkaitan menangani penularan wabak Covid-19 di Negeri Selangor. Selain itu, perbincangan turut menyentuh kerjasama Kerajaan Negeri dan Kementerian Kesihatan dalam penyesuaian norma baharu pasca PKPB.

Kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa terdapat pertemuan sulit di antara MB Selangor dengan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

YB Tuan Haji Borhan Aman Shah
Ahli Dewan Negeri Tg Sepat
Merangkap Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor

Sumber:

COMMENTS