MB Perak gesa orang ramai ternak haiwan dan tanam sayur sendiri

MB Perak gesa orang ramai ternak haiwan dan tanam sayur sendiri

MB Perak gesa orang ramai ternak haiwan dan tanam sayur sendiri. Berikutan kekurangan bekalan makanan, Kerajaan Negeri Perak menyarankan supaya rakyat di negeri itu menanam sendiri sayur-sayuran dan memelihara haiwan ternakan untuk kegunaan sendiri.

Tanam dan ternak untuk sara diri

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, langkah itu juga merupakan usaha bagi menangani isu kenaikan harga barang yang melanda rakyat ketika ini.

Macam kambing, lembu, kerbau dan ayam ia boleh diternak dan ditampung oleh usaha ternakan orang tempatan. Sekurang-kurangnya kita ternak (haiwan) atau tanam sayur-sayuran untuk sara diri.

Tambah Saarani, dengan langkah tersebut ia sekali gus mengelak daripada kebergantungan bekalan makanan daripada luar negara. Dalam pada itu, Saarani turut memberi jaminan bahawa bekalan ayam masih lagi mencukupi di negeri itu.

MB Perak gesa orang ramai ternak haiwan dan tanam sayur sendiri

Jadi, kerana itu banyak tempat kita mengadakan kempen iaitu tanam apa yang kita nak makan dan makan apa yang kita tanam, selebihnya jual. Setakat semalam saya dimaklumkan kita ada penternak yang besar iaitu Dinding Poultry dan setakat ini mereka memberi jaminan bekalan di Perak mencukupi. Sekarang tiada masalah, kecuali kalau orang sengaja menyorokkan bekalan (ayam) itu untuk tujuan menaikkan harga, tetapi di peringkat bekalan tiada masalah.

BACA:

Amber Heard tak mahu bayar saman AS$10 Juta kepada Johnny Depp

Sime Darby umum 57 unit berharga RM2 Juta berjaya dijual dalam sehari

Tebus baucer RM400 Shopee tahun 2022 sekarang

CATEGORIES