MB NS puji pemantauan SOP oleh Majlis Bandaraya Seremban

MB NS puji pemantauan SOP oleh Majlis Bandaraya Seremban

Tok Min amat berpuashati diatas segala usaha yang dilakukan oleh pihak Majlis Bandaraya Seremban dalam membuat pemantauan di Pasar Malam Seremban 2, Pasar Malam Carboot Sale xpark Sendayan dan Pasar Malam Seremban Selatan semalam.

Pemantauan ini bertujuan bagi memastikan penganjur atau pengurusan pasar malam melaksanakan SOP operasi pasar malam yang telah ditetapkan oleh Pentadbiran Majlis. Ianya bertujuan untuk mencegah penularan Covid-19 ekoran dari lanjutan kelonggaran beberapa sektor ekonomi yang diputuskan oleh Kerajaan.

Tok Min juga amat berpuashati apabila menerima maklumat yang pihak persatuan telah mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan dan menyediakan pengisian borang pengunjung.

Tok mengucapkan tahniah kepada pihak MBS yang begitu komited dalam menjalankan amanah yang diberi.

Tok Min mendoakan mudah-mudahan Allah Taala melindungi kita semua dari Wabak COVID-19.

Aminnn..

Sumber :

COMMENTS