MB Negeri Sembilan umum pengecualian bayaran lesen penjaja PBT

MB Negeri Sembilan umum pengecualian bayaran lesen penjaja PBT

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Aminuddin Harun mengumumkan pengecualian bayaran permohonan baru dan pembaharuan lesen penjaja pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan.

Aminuddin berkata, pengecualian ini melibatkan penjaja pasar malam, penjaja pasar tani, penjaja kereta tolak, penjaja berpayung, penjaja bergerak, penjaja berjentera seperti lori kecil serta penjaja pasar atau bazar Ramadhan.

“Menyedari ramai penjaja dan peniaga kecil terkesan akibat pandemik Covid-19, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan berusaha untuk membantu dan meringankan beban mereka dengan mengecualikan bayaran lesen penjaja.

“Pengecualian bayaran lesen itu mengurangkan kutipan hasil PBT dan membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM785,953.

“Semoga inisiatif ini dapat meringankan beban para peniaga,” kata Aminuddin.

Menurut Aminuddin yang juga ADUN Sikamat, penjaja hanya perlu membayar kos cetak patil lesen bernilai RM5.

Berita penuh : https://negerikita.org/aminuddin-umum-pengecualian-bayaran-lesen-penjaja-pbt/

COMMENTS