MB dan Exco Kesihatan Kedah pantau dan dapatkan taklimat dari pusat kuarantin

MB dan Exco Kesihatan Kedah pantau dan dapatkan taklimat dari pusat kuarantin

Hari ini YAB MB Dato’ Seri Utama Hj Mukhriz Tun Mahathir bersama YB Exco Kesihatan negeri Dato’ Dr Ismail Salleh turun melawat pusat kuarantin di Hotel Seri Malaysia dan Hotel Starcity.

Pusat ini baru saja dibuka pada 14 April 2020, khas kepada pengembara yang terkandas di selatan Thailand.

Seramai 110 orang telah ditempatkan di Starcity dan 33 orang lagi di Seri Malaysia. Ketika di Seri Malaysia YAB MB sempat melihat 11 orang yang baru tiba dari sempadan Bukit Kayu Hitam diiringi Polis dan APM dan menjadikan jumlah seramai 48 orang di hotel tersebut.

YAB MB sempat bercakap dengan beberapa orang pengembara yang sedang dikuarantin menerusi panggilan video.

Pusat ini dikendalikan oleh APMM Kedah dan KKM. Dibantu oleh JKM dan PDRM.

#MMFC #Kedah #COVID19