Mazlan ingatkan NAFAS untuk bantu petani di musim PKP

Mazlan ingatkan NAFAS untuk bantu petani di musim PKP

Kepada AJP PPN & PPK lantikan Menteri serta Pegawai Pembangunan Peladang(NAFAS)

Antara ujian yang amat besar ketika Covid 19 ialah bagaimana memasarkan hasil pertanian dan ternakan dari para petani.

Samada kita menerima aduan, membaca/menonton berita atau ianya diviralkan di media sosial, dakwaan lambakan hasil pertanian dan terjejasnya pendapatan para usahawan tentunya menyedihkan.

Simpati sahaja tidak mencukupi.

Kita boleh membantu dengan menyalurkan isu dan aduan kepada pihak Lembaga Pertubuhan Peladang di HQ, negeri(LPP) dan PPK di kawasan kita.

Kita juga boleh berperanan melalui networking masing masing untuk membantu petani dan usahawan yang terkesan.

Kita mampu berada dibarisan hadapan dalam situasi kritikal ini, membantu para petani kita; melalui berbagai cara dan inisiatif.

Inovasi melalui Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian, tempahan dalam talian/wassap dan promosi menarik; adalah alternatif waktu ini dan masa hadapan.

Moga usaha kita dipermudahkan oleh Allah.

Mazlan Aliman
Mantan Pengerusi
Lembaga Pertubuhan Peladang.
14 Apr 2020