Mayat lelaki ditemui nelayan terapung di perairan Teluk Kumbar

Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung di kawasan perairan Teluk Kumbar di sini semalam.

Mayat berkenaan ditemui nelayan pantai kira-kira pukul 4.10 petang sebelum pasukan Maritim Malaysia (APMM) bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut Pengarah APMM negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed, pasukannya menggerakkan bot ronda Kilat 26 ke lokasi kejadian iaitu pada kedudukan 1.1 batu nautika selatan Pasir Belanda sejurus menerima laporan.

Mayat lelaki ditemui nelayan terapung di perairan Teluk Kumbar

Mayat lelaki tanpa identiti ditemui di perairan Teluk Kumbar, Balik Pulau semalam.

“Mayat tersebut dipercayai seorang lelaki, lengkap berseluar panjang sukan hitam dan berbaju hitam.

“Bagaimanapun, tiada sebarang identiti pengenalan diri ditemui bersamanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban dekat sini sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Menurut Abd. Razak, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan berkenaan orang hilang di laut dan meminta mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga atau saudara-mara segera tampil membuat aduan di balai polis.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/27/mayat-lelaki-tanpa-identiti-terapung-di-perairan-teluk-kumbar/

BACA JUGA : Panas !!! Kapal China masuk perairan negara, hampiri kapal kontrak Petronas

CATEGORIES