Mayat Erra Fazira tak dapat dihantar pulang, Sukarno pula merana di Malaysia

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Mayat mendiang Erra Fazira Hamzah yang berasal dari pedalaman Ulu Jelai, Lipis

Tidak dapat dihantar pulang untuk disemadikan oleh ahli keluarga masing-masing berikutan tiada kenderaan pihak berkuasa berkaitan.

Suaminya, Amri Bah Jong berkata, kediamannya terletak nun di Kampung Sinderut, 170 kilometer dari Lipis.

Mayat Erra Fazira tak dapat dihantar pulang, Sukarno pula merana di Malaysia

Dia sudah tiga hari di Hospital Lipis bermula 11 Disember, menunggu isteri sakit sebelum dia meninggal dunia awal pagi 14 Disember sehingga tiada wang lagi untuk digunakan bagi membayar sewa kenderaan.

“Mayat isteri saya sudah dibenarkan untuk dibawa pulang oleh pihak hospital tetapi tiada kenderaan pula untuk membawanya balik kerana tiada kenderaan untuk ke Kampung Sinderut, ” lapor BH.

Amri berkata, dia cuba menghubungi pihak berkaitan tetapi gagal untuk mendapatkan bantuan kenderaan menghantar mayat isterinya.

“Saya dimaklumkan, ketiadaan kenderaan pihak berkaitan untuk menghantar mayat pulang ke kampung kerana difahamkan kenderaan milik sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Orang Asli di sini rosak,” kata suami Erra Fazira lagi.

Sementara itu, lain pula ceritanya di Gombak, Selangor. Seorang lelaki Indonesia merana akibat ditipu ‘ejen’.

Sukarno, 28, dijanjikan penipu itu akan disediakan segala dokumen untuk bekerja di Malaysia dengan bayaran RM3,000, hampir dua tahun lalu.

Malangnya, tiba di Malaysia, individu yang menyamar sebagai ejen itu menghilangkan diri tetapi apabila dihubungi dituntut segala janji yang dibuat semasa membuat pembayaran, penipu berkenaan memberi pelbagai alasan.

Akibatnya, Sukarno terpaksa bekerja secara haram di sebuah ladang selama beberapa bulan sebelum bekerja di kilang memproses barang lusuh di Kawasan Perindustrian Kundang, Rawang, Gombak.

Pemuda yang sama nama dengan Presiden pertama Indonesia itu akhirnya dicekup dalam Ops Bersepadu TIP yang dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, 14 Disember.

Baca:Selain umum hari raya, ini fungsi sebenar mohor besar Raja-Raja ramai tak tahu