Matlamat Bersatu perkuda Umno makin menjadi realiti

Matlamat Bersatu perkuda Umno makin menjadi realiti

Akhirnya matlamat asal Bersatu untuk memperkudakan Umno semakin menjadi realiti. Lihatlah beberapa keputusan yang kebanyakannya menguntungkan Bersatu.

Pas pula pandai memainkan hipokritnya sehinggalah Umno pun terpedaya.

Umno pada peringkat awal kelihatan garang dengan beberapa syarat ketika ingin menerima kehadiran Bersatu untuk bergabung. Malah beberapa pemimpin dan ahli Umno peringkat akar umbi sendiri telah mengkritik serta tidak bersetuju pemimpin Umno menerima Bersatu. Pas sendiri mengabaikan Umno dalam beberapa jawatan walaupun telah bergabung atas nama Muafakat Nasional dan kini Perikatan Nasional.

Antara contoh Umno telah ditelan oleh Bersatu:-

Di Peringkat Parlimen Malaysia Bersatu jadi Perdana Menteri :-

MP Bersatu – 26 orang
MP Umno – 38 orang

Di Perak Bersatu jadi Menteri Besar :-

Adun Bersatu – 5 orang
Adun Umno – 25 orang

Di Sabah Bersatu jadi Ketua Menteri :-

Adun Bersatu – 11 orang
Adun Umno – 14 orang

Di Kelantan :-

Adun Umno tidak ada dalam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tapi bersama-sama berada dalam gabungan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

Di Terengganu :-

Adun Umno tiada dalam Ahli Majlis Mesuarat Kerajaan Negeri tapi bersama-sams berada dalam gabungan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional
Sepatutnya Umno yang menjadi abang long tapi kini di hina secara senyap oleh Bersatu dan Pas.

Sumber :

Bersatu Dan Pas Buli UmnoAkhirnya matlamat asal Bersatu untuk memperkudakan Umno semakin menjadi realiti. Lihatlah…

Posted by Melaka Hanattt on Monday, September 28, 2020

 

COMMENTS