“Mati-mati saya ingat scammer, rupanya betul dapat Proton Saga!”

“Mati-mati saya ingat scammer, rupanya betul dapat Proton Saga!”Seorang ahli fisioterapi tidak menyangka belian baju raya anaknya di Melaka Grand Ramadan Bazar (Melgrab) di Jalan Hang Tuah di sini yang berjumlah RM150 membawa pulangan rezeki sebuah kereta bernilai RM50,000.

Muhammad Rozairen Hairuddin, 30, diumumkan sebagai pemenang hadiah utama cabutan bertuah Melgrab yang membawa pulang sebuah Proton Saga 1.3 AT Premium.

Katanya, pada awalnya dia menyangkakan telah menerima panggilan daripada scammer apabila dimaklumkan telah memenangi sebuah kereta Saga bernilai RM50,000 kira-kira pukul 10.45 malam kelmarin.

“Saya ingat scammer sebab tiba-tiba sahaja bagitahu saya pemenang bertuah dan dapat hadiah sebuah kereta sedan.

“Bagaimanapun kemudian pihak penganjur menerangkan mengenai pembelian saya di bazar Melgrab dan saya merupakan pemenang hadiah utama cabutan bertuah yang dilakukan mereka secara ‘Live’ (siaran langsung) di Facebook,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui bersama-sama isterinya Siti Nadiah Zulkifly, 30, dan anak Firaz Nadhif berusia tiga tahun di Melgrab di Jalan Hang Tuah, di sini, malam tadi.
TONTON :

BACA:

“Ni Cikgu Tadika ke Bidadari..”, ramai ayah berebut nak hantar anak ke tadika ni

Zarina Anjoulie tampil pertahan peguam Hafidzah, anggap Ammar Alfian tak kenang budi

CATEGORIES