Mat saleh teruja dengan keunikan ringgit Malaysia, akui lagi menarik dari USD

Oleh AHMAD SULAIMAN

Setiap negara di dunia mempunyai mata wang tersendiri, seperti Dolar Amerika, Pound Sterling, Yen, Baht, Peso, dan Rupiah.

Di Malaysia, kita menggunakan Ringgit sebagai mata wang sah dalam setiap urusan jual beli.

Sejak bertahun-tahun, reka bentuk wang kertas dan syiling Malaysia telah mengalami pelbagai perubahan.

Kini, Ringgit Malaysia terdiri daripada syiling 10 sen, 20 sen, dan 50 sen, serta wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, dan RM100.

Menariknya, setiap wang kertas ini hadir dengan warna berbeza bagi setiap nilai Ringgit.

Mat saleh teruja dengan keunikan ringgit Malaysia, akui lagi menarik dari USD

Ringgit Malaysia lebih menarik daripada USD?

Sebelum ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan dua orang pelancong asing memuji keunikan wang kertas Malaysia.

Malah, mereka menganggapnya lebih menarik berbanding Dolar Amerika (USD).

Dalam video yang dikongsi oleh @Traveling Solo Logs, kedua-dua pelancong itu kelihatan kagum ketika melihat Ringgit Malaysia semasa melancong di negara kita.

Salah seorang daripada mereka mengeluarkan beberapa keping wang ringgit dari dompetnya dan berkongsi pandangan tentang keistimewaan mata wang tersebut.

Menurut mereka, kepelbagaian warna pada setiap nilai Ringgit Malaysia sangat memudahkan untuk mengenal pasti nilai wang, terutama bagi pelancong asing.

“Salah satu daripada duit ini menjelaskan bahawa setiap nilai duit ini mempunyai saiz dan warna yang berbeza, menjadikannya sangat menarik.

“Selain itu, gambar yang dipaparkan pada setiap wang kertas menggambarkan elemen-elemen yang berkaitan dengan Malaysia,” ujarnya dalam klip tersebut.

Tidak hanya itu, pelancong tersebut turut teruja dengan wang kertas RM1 dan RM5 kerana sifatnya yang kalis air dan tidak mudah renyuk.

Katanya, ini menjadi satu lagi kelebihan yang membuatkan mereka lebih menyukai wang kertas Malaysia berbanding USD.

BACA: Boleh ke telan air mani suami? Ramai buat tapi tak ambil kisah hukum sebenar