Mat Saleh jadi pengemis di kaki lima minta duit makin menjadi-jadi

Mat Saleh jadi pengemis di kaki lima minta duit makin menjadi jadi

Mat Saleh jadi pengemis di kaki lima minta duit makin menjadi-jadi. Kebanjiran ‘backpacker’ Mat Saleh ke negara ini yang semakin galak mengemis di tepi jalan, menimbulkan kekhuatiran dalam kalangan rakyat Malaysia.

Mereka dikatakan meminta wang dari rakyat Malaysia atas alasan mahu membeli makanan dan tiket pulang ke negara asal kerana sudah beberapa hari ‘terkandas’ di Malaysia.

Sama seperti yang dikongsikan seorang individu ini apabila memuatnaik sekeping foto ‘backpacker’ Mat Saleh yang sedang duduk di tepi kaki lima sambil mengemis.

Dalam gambar berkenaan terlihat nota yang tertulis bahawa mereka memerlukan wang untuk makan dan beli tiket penerbangan.

Atas sebab itu, individu berkenaan lantas menggesa agar jabatan imegresen mengetatkan kawalan masuk pelancong luar negara supaya tidak berlaku hal-hal seperti ini.

“Macam siyel minta duit untuk tiket balik. Mohon jabatan imigresen ketatkan kemasukkan “beg-packers’ ni sikit. Tak ada tiket pulang, deny entry terus on the spot.

Mat Saleh jadi pengemis di kaki lima minta duit makin menjadi jadi

“Start a new trend on TikTok “balik negara kau lah”. Baru betul. We all Malaysians need to be united against a common enemy,” ciap @AbudiAlsagoff .

Sehingga kini ciapannya itu mendapat lebih 2,500 perkongsian dan 3,526 tanda suka.

Rata-rata orang ramai turut bersetuju dengan perkongsian itu, mengatakan kemurahan hati rakyat Malaysia menjadi faktor pengembara luar semakin ‘naik lemak’ dan hanya mengharapkan duit ihsan orang ramai.

Ada juga yang berkongsi informasi mendakwa kumpulan ‘backpacker’ ini sememangnya menggunakan modal tagih duit dari orang ramai, dan kemudian mencipta ‘content’ bagaimana mahu melancong ke Malaysia dengan kos minimum.

Ada juga yang menyarankan agar rakyat Malaysia berhenti beri duit pada kumpulan ‘backpacker’ ini supaya dapat menghentikan segala niat mereka yang mahu mengambil kesempatan atas kebaikan orang ramai.

BACA:

Portal milik Pas kena ‘sound’ dengan Sultan Perak

Lizzy dedah sesuatu pasal suaminya yang buat ramai geram, “ada perempuan mesej pukul 3 pagi..”

‘Shafee jadi punca Najib dipenjara’ – Zaid Ibrahim

CATEGORIES