Baru-baru ini, tular beberapa klip video di aplikasi X yang menunjukkan siaran langsung yang dipercayai dilakukan
oleh dua lelaki tempatan yang meredah lokasi kemalangan tanpa rasa segan.
Dalam rakaman tersebut, seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya telah dimarahi
oleh seorang individu yang dipercayai merupakan anggota polis.
Kejadian ini berlaku kerana tindakan mereka yang membuat siaran langsung di lokasi kemalangan, yang ketika itu disaksikan oleh lebih 5,000 pengguna.
Anggota polis tersebut bertindak menyoal dan menegur kedua-dua lelaki itu kerana menceroboh kawasan kemalangan. Beliau berkata, “Kamu ada hak atau etika sebagai pemberita?
Tak ada kan? Jika tak ada hak sebagai pemberita, kamu tak layak untuk buat siaran langsung. Janganlah meraih simpati daripada orang yang sudah meninggal dunia.”
Pada masa yang sama, anggota polis itu juga mengaitkan tindakan mereka dengan trend ‘Mat Rempit’ yang sering melakukan siaran langsung pada waktu malam.
Kelihatan kedua-dua lelaki tersebut hanya memberikan respons sepatah dan terus diam membisu sepanjang ditegur oleh anggota polis itu.
BACA: Tokoh ASWAJA kalah saman dengan bekas ratu cantik negara, ini kisahnya