Mat Kilau: Watak Beto akan dihidupkan semula? Filem Mat Kilαu telah mence’tuskan fenomena dalam industri perfileman tanah air setelah berjaya meraih kutipan sebanyak RM 80 juta selama 25 hari.
Barisan pelakon telah mendapat pujian dengan hasil lakonan yang mantap dan berjaya membuat para penonton bertepuk tangan serta ‘standing ovation’ setelah ta’mat tayangan filem.
Pujian juga harus diberikan kepada pengarah filem Mat Kilαu iaitu Syamsul Yusof yang berjaya sekali lagi filem arahannya pe’cah panggung.
Menerusi temubual Syamsul bersama channel Youtube ‘Raksasa Manja’, ada bertanya tentang sebab watak Wahid yang dibawa oleh Beto Kusyairi telah dim4tikan.
Menurut Syamsul, ada sedikit penye’salan dengan tindakannya berbuat demikian dan tidak menyangka reaksi penonton dengan watak tersebut.
“Aku terus terang, sebenarnya aku menye’sal mem4tikan watak tu (Wahid).. Aku menye’sal.
“Aku tahu Beto lakonkan watak tu memang bagus, aku tak sangka macam ni punya sambutan (filem ni),” ujar Syamsul.
Dengan berseloroh, penemu bual di sebelahnya memberi cadangan untuk menghidupkan balik watah Wahid disebabkan ramai yang tidak berpuas hati dengan pengakhi’ran watak tersebut.
“Dia sebenarnya ada cara kan nak hidupkan balik watak tu.. Kita tak tengok dia dikebu’mikan,” katanya sambil berseloroh.
Perkongsian sedutan video tersebut telah dikongsi oleh pengguna TikTok @enigmamawar14 dan telah ditonton sehingga 1 juta serta 90 ribu tanda suka.
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet memberi idea mereka tersendiri untuk menghidupkan balik watak Wahid serta ada yang menginginkan watak tersebut ada dalam Mat Kilau 2.
“Wahid dibawak rawat dekat Kelantan sbb masih bernafas tapi lemah sangat. Otw ke sana tu, tampal daun herba sikit. Bermula pulak kisah, Tok Janggut”
“Harap nanti mat kilαu 2 dia hidup balik tapi sebenarnya dia kembar”
“Bende boleh buat , beto diubat di dalam gua² lama berjumpe dengan orang” lama diperkampungan pahang & dapat dirawat”
“Jom pakat ramai² cari dragonball hidupkan wahid..”
“Ah nnti mat kilαu 2 dia ada adik nama azlee ke mazlan ke ha janji hidup”
“Tapi ending takda dia kena ta’nam kan? So maybe dia diso’rokkan untuk keselamatan dan merawat diri, then watak dia tiba2 ada kat Mat Kilαu 2. Hahahahah”
BACA:
Cara mohon bantuan RM60,000 untuk bina rumah kos rendah
Khabar angin Pan-gon kembali ke Korea Selatan bertiup kencang
Pakar sahkan harga kereta akan mencanak naik, beli sekarang atau ‘never’