Mat Kilau bakal ditayang pada 16 September ini di Netflix

Mat Kilau bakal ditayang pada 16 September ini di Netflix

Mat Kilau bakal ditayang pada 16 September ini di Netflix. Selepas mendapat sambutan luar biasa di panggung wayang, filem epik sejarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan ditayangkan di Netflix bermula 16 September ini. Perkara itu diumumkan oleh Netflix dalam satu video terbaharu di Youtube mereka.

Kemaskini kutipan filem Mat Kilau yang diumumkan oleh pengarahnya, Syamsul Yusof adalah sebanyak RM80 juta dalam tempoh masa kurang dari sebulan. Ini menjadikan Mat Kilau filem tempatan paling berjaya di Malaysia dengan kutipan paling tinggi.

Selain Mat Kilau, satu lagi filem yang bakal muncul bulan September dan turut mendapat sambutan adalah Thai Cave Resque.

Filem ini diambil dari kisah sebenar tragedi sekumpulan pemain bola sepak yang terperangkap di dalam gua selepas gua tersebut dilanda banjir. Thai Cave Rescue boleh ditonton bermula 22 September 2022.

Antara filem dan siri terbaharu lain yang dilancarkan di laman penstriman Netflix bulan September ini adalah seperti Love In The Villa, Cobra Kai: Season 5, Fullmetal Alchemist The Final Alchemy dan Blonde.

Mat Kilau bakal ditayang pada 16 September ini di Netflix

BACA:

Wanita akui dah 11 tahun ‘ketagih’ makan sabun serbuk, semua melopong dengar

Anak Rosmah yang ‘terbuang’ kenang kembali sisi gelap ibunya, “bomoh sentiasa ada di rumah”

Cara dapatkan Pas ‘unlimited’ pengangkutan awam, RM5 sahaja!

CATEGORIES