“Masuk instagram di seat business class, sekali kantoi duduk kelas ekonomi”

“Masuk instagram di seat business class, sekali kantoi duduk kelas ekonomi”

“Masuk instagram di seat business class, sekali kantoi duduk kelas ekonomi”. Kebanyakan individu menggunakan media sosial sebagai medium untuk mereka menunjukkan gaya hidup dan aktiviti harian kepada pengikut dan rakan-rakan di alam maya. Sudah tentu kita akan tunjukkan perkara yang indah-indah sahaja kan?

Ini yang dilakukan oleh seorang model dari Dubai yang merakamkan foto di seat Business Class dan dimuat naik di media sosial.

Walau bagaimanapun, perbuatannya itu telah ‘ditangkap’ kerana seorang penumpang kemudian menyebarkan gambarnya yang hanya duduk di kerusi penumpang kelas ekonomi.

Jelas sekali ia menunjukkan gaya hidup yang sebenarnya tidaklah berapa nak mewah sangat. Hiks!

Model yang dikenali sebagai Oceane El Himer itu mempertahankan dirinya dan meninggalkan komen di Snapchat.

“Saya tidak malu untuk travel dengan memilih seat di kelas ekonomi. Saya mengambil beberapa penerbangan untuk tiba di selatan, termasuk di satu kelas ekonomi.

"Masuk instagram di seat business class, sekali kantoi duduk kelas ekonomi"

Saya bukanlah jenis wanita yang suka memaparkan kemewahan. Ya, saya travel dengan menaiki pesawat ekonomi dan business class. Jadi? Dimana salahnya? Saya tidak faham.
Banyak lagi perkara penting yang berlaku dalam hidup yang perlu difikirkan,”

Oceane juga turut menutup ruangan komen di hantara foto kontroversi ini dan terbaru, dia memuat naik foto dengan menunjukkan jari tengah ketika duduk di kerusi pesawat business class.

Walau bagaimanapun, netizen turut meninggalkan komen sarkastik di hantaran Instragramnya.

BACA:

Kelab malam diserbu pengunjung selepas kerajaan benar pembukaan semula

Farahdhiya tangguh buka restoran gara-gara harga barang naik menggila

Panas melampau, ribuan burung jatuh dari langit buat orang ramai terkejut

CATEGORIES