Masjid sekelip mata je hangus dijilat api

Masjid sekelip mata je hangus dijilat api

Masjid sekelip mata je hangus dijilat api. Masjid Nurul Iman Sabindo, berhampiran Taman Pantai Lok Kawi, di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, bangunan masjid jenis separuh kekal berkeluasan 297 meter persegi berkenaan terbakar hampir 95 peratus keseluruhan strukturnya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 3.38 pagi.

Susulan itu, katanya, seramai 14 pegawai dan anggota bersama jentera serta Unit Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke tempat kejadian.

“Setiba di lokasi, pasukan terus melakukan operasi pemadaman menggunakan dua aliran sepanjang 100 meter dengan empat pancutan.

Masjid sekelip mata je hangus dijilat api

“Operasi pemadaman yang menggunakan sumber air dari pili bomba itu akhirnya berjaya mengawal api pada jam 4.26 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.17 pagi.

Katanya, siasatan lanjut berhubung punca kejadian dan jumlah kerugian masih sedang giat dijalankan oleh pasukan forensik JBPM.

BACA:

Tak perasan serbuk coklat dah expired, peniaga terpaksa curah semua satu balang

Wanita gigih cari rezeki walaupun diuji penyakit aneh

Kecoh gambar pakai br4 di media sosial, Ning Baizura akhirnya bersuara

CATEGORIES